Archive for May, 2007

Jodoh… oh jodoh

31 May, 2007

1. Semua orang ada jodoh atau pasangan yang menanti dan biasanya ia berada tidak jauh dari anda. Jarang orang bertemu dengan jodoh yang berada jauh darinya.

2. Jodoh itu ketentuan Allah dan kita wajib berusaha. Doa, usaha yang betul dan bersungguh-sungguh disertai dengan tawakkal, insyallah akan menemukan anda dengan pasangan anda.

3. Ramai orang masih belum bertemu jodoh kerana mudah patah semangat. Teruskan usaha sehingga anda bertemu jodoh.

4. Seimbangkan hidup anda dengan sempurna agar diri anda jadi seperti “magnet” yang menarik bakal pasangan anda kepada anda.

5. Daya tarikan yang sebenar berpusat di hati yang murni. Berusahalah untuk mencuci hati anda daripada semua perasaan yang negatif terhadap semua orang di dunia ini.

6. Agar mudah orang sayang, cuci hati dengan jaga ibadah, solat taubat, beristighfar, baca Al-Quran, maafkan orang lain, meminta maaf, bersedekah dan berfikiran positif.

7. Sayangi semua orang di sekitar anda dan anda akan menarik sayang terhadap anda. Jika anda membenci orang, ditakuti bakal pasangan anda akan membenci anda.

8. Orang yang sedang mencari pasangan harus sentiasa bersedia untuk bertemu dengan pasangannya pada bila-bila masa. Justeru, kita perlu sentiasa dalam keadaan yang paling menarik setiap masa. Tanggapan pertama adalah yang terpenting.

9. Untuk lelaki, tarikan pertama ialah pakaiannya. Untuk perempuan, wajah dan bentuk badan menjadi tarikan pertama. Sediakan diri untuk menawan bakal pasangan anda.

10. Buka hati dan minda anda untuk menerima cinta. Cinta boleh berputik pada bila-bila masa. Cinta mudah datang kepada mereka yang sentiasa bersedia untuk menerima cinta.

11. Cinta datang melalui mata lalu turun ke hati. Justeru, perhebatkan hubungan mata secara memandang bakal pasangan dengan penuh kasih sayang.

12. Kita boleh berkomunikasi melalui fikiran. Hantarlah kasih sayang dan hasrat murni anda terhadap pasangan dengan gelombang fikiran ini secara berterusan hingga berjaya.

13. Ramai yang terlepas peluang dan patah hati sebab lewat menyatakan hasrat kepada bakal pasangan. Perkara yang baik disegerakan (iaitu menyatakan perasaan anda kepada bakal pasangan).

14. Tidak salah untuk orang perempuan memulakan usaha untuk berkenalan. Orang lelaki akan sentiasa merasakan mereka yang memulakan perkenalan walaupun sebenarnya orang perempuan yang mulakan.

15. Berkomunikasi dengan mesra dan bersemangat menggunakan lidah, mata, hati dan bahasa badan. Elakkan bercakap sambil lewa atau kurang sopan terhadap bakal pasangan.

16. Berbual dengan pasangan mengenai apa yang dia suka. Beri tumpuan kepada minat dan perasaannya. Elakkan sibuk memberi tumpuan kepada diri sendiri.

17. Layan bakal pasangan dengan mesra seperti kawan lama walaupun baru berkenalan. Bentuk suasana keintiman dengan segera agar bakal pasangan rasa selesa.

18. Makin mudah kita menceritakan hal peribadi yang munasabah kepada bakal pasangan, semakin mudah dia menceritakan hal dirinya kepada kita.

19. Berdoa dan latih diri agar kita pandai mendampingi orang lain dan seronok untuk didampingi oleh orang lain. Buang perangai yang menyebabkan orang benci kepada kita.

20. Beri sayang untuk mendapat sayang. Orang yang masih ada perasaan benci terhadap sebarang orang boleh menyebabkan bakal pasangan benci atau tidak tertarik kepada kita. Justeru buang semua benci.

21. Untuk wanita, jangan jual mahal terhadap bakal pasangan. Tetapi, nyatakan dengan hikmah kepadanya yang anda amat sukar untuk berkenalan dengan lelaki lain.

22. Kebanyakan lelaki mudah tertarik kepada perempuan yang simple, tidak materialistik, mudah berterima kasih dan redha dengan setiap pemberian lelaki tersebut.

23. Orang perempuan mudah tertarik kepada lelaki yang memberi perhatian, penghargaan dan penghormatan kepada mereka. Justeru, orang lelaki janganlah terlalu jimat atau kedekut.

24. Orang lelaki perlu belajar mengenal kerenah orang perempuan. perasaan, pemikiran, kehendak, keperluan, kesukaan dan kebenciannya.

25. Elakkan memberi tumpuan kepada kelemahan dan kesilapan kecil yang ada pada bakal pasangan. Jangan sesekali mengutuk atau memalukan bakal pasangan.

26. Senyuman ikhlas, wajah yang menawan dan bahasa badan yang penuh kemesraan akan menambat lelaki terhadap wanita.

27. Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang ada persamaan dan ada perbezaan sifat, tindakan dan minat. Terlalu banyak persamaan membosankan. Banyak sangat perbezaan menyesakkan.

28. Orang mudah tertarik kepada bakal pasangan yang ada sikap dan sifat yang saling mengimbangi dan melengkapkan sikap dan sifatnya.

29. Walaupun belum kenal rapat dengan bakal pasangan, nyatakan yang anda sering merasa atau berfikir seperti yang dia rasa atau fikir. Keserasian adalah tarikan.

30. Perempuan membentuk hubungan dengan berbual dan bercakap. Lelaki bentuk hubungan dengan melakukan sesuatu kegiatan secara bersama.

31. Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang mempunyai persamaan daripada berbagai segi seperti kefahaman politik, aktiviti keagamaan, sikap terhadap harta, wang dan hobi.

32. Dua orang yang amat banyak perbezaan boleh serasi antara satu sama lain jika mempunyai satu atau dua persamaan yang mendalam seperti suka kepada kucing, suka melancong atau suka ramai anak.

33. Tindakan yang serentak akan menarik bakal pasangan terhadap anda. Contohnya, serentak berpaling, serentak angkat gelas, serentak berdiri, serentak nak ke tandas.

34. Tawan hati bakal pasangan dengan pamerkan emosi yang sama terhadap sesuatu kejadian atau peristiwa – sama-sama gembira, sedih, terperanjat, benci, simpati dan sebagainya.

35. Dua insan mudah serasi jika mempunyai pentafsiran yang sama mengenai hubungan – tahap keakraban, kebebasan, kebergantungan, pemberian, pengorbanan dan sebagainya.

36. Kenalpasti ciri-ciri yang disukai oleh bakal pasangan anda. Bentuk ciri-ciri yang disukai oleh bakal pasangan anda. Bentuk ciri-ciri ini dalam diri anda dan pamerkan kepadanya yang anda mempunyai ciri-ciri tersebut.

37. Semua orang mencari cinta sejati tanpa syarat. Bakal pasangan anda akan tertarik kepada anda jika anda mengasihinya bukan kerana wajah, harta, keturunan atau glamornya.

38. Bakal pasangan akan tertawan kepada anda jika anda dapat bantu mengukuhkan imej dirinya, rangsang semangatnya dan pupuk keyakinan dirinya.

39. Keikhlasan amat penting dalam memuji atau memotivasi bakal pasangan. Jika kita didapati bohong, dia akan terus menjauhkan diri daripada kita.

40. Pujian yang berhikmah dan ikhlas bertindak sebagai magnet yang menarik anda kepada bakal pasangan. Pujian daripada kawan baru lebih bermakna dan berkesan berbanding pujian daripada kawan lama.

41. Ulang sebut perkataan, ayat atau slogan yang digemari bakal pasangan anda. Ini menyebabkan dia rasa istimewa dan dihargai dan akan tertawan kepada anda.

42. Kenalpasti keistimewaan bakal pasangan anda yang orang lain tidak nampak. Sampaikan kehebatan ini dengan bersemangat dan dia akan mudah tertawan kepada anda.

43. Untuk bakal pasangan yang popular dan sering dipuji , cari pujian yang original untuk menambat hatinya. Untuk orang yang tidak popular, sebarang pujian amat dialukan dan dihargai.

44. Beri penghargaan serta merta kepada setiap pencapaian atau kejayaan bakal pasangan. Ini membelai dan melembutkan hatinya terhadap anda.

45. Jika bakal pasangan memuji anda, pamerkan keseronokan anda dengan senyuman dan ucapan terima kasih dan bersyukur. Dia akan rasa dihargai.

46. Cari keunikan, kelucuan atau ‘kegilaan’ bakal pasangan anda. Nyatakan yang anda suka kepadanya sebab keunikan tersebut. Ini buat dia rasa istimewa.

47. Ramai pasangan sengsara bila isteri terlalu cantik atau suami terlalu handsome. Justeru, cari bakal pasangan yang setara dan sepadan dengan kita.

48. Orang yang merasa dirinya hodoh sukar untuk mendapat pasangan. Carilah kecantikan yang ada pada anda dan bentuk keyakinan diri. Hati yang suci dan keyakinan yang tinggi menyerlahkan kecantikan anda.

49. Wanita mudah tertawan kepada lelaki yang gentleman – bersopan santun, suka membantu, menghormati wanita, berani dan yakin diri.

50. Untuk jadi lebih menawan, berterusan belajar, perbaiki perangai dan peribadi, baiki kemahiran komunikasi, murnikan hati, pemaaf dan sentiasa bersangka baik.

51. Lelaki harus mempamerkan sifat kelelakiannya di samping memasukkan sifat perempuan dalam dirinya seperti lebih prihatin, memahami emosi , timbang rasa, dan gunakan gerak batin.

52. Perempuan harus mempamerkan sifat kewanitaan disamping menghayati sifat lelaki seperti minat dalam politik, sukan, memancing, dan aktiviti macho yang lain. Bertindak bijak tapi, jangan terlalu bijak.

53. Untuk menambat hati wanita, kerap bertanya tentang perasaannya, aktiviti yang dijalankannya, kegemarannya, kebenciannya atau sebarang perkara yang berkaitan dengan emosi.

54. Sebelum benar-benar rapat, orang perempuan harus elakkan diri dari bertanya bakal pasangan mengenai perasaannya mengenai sesuatu perkara, peristiwa atau situasi.

55. Orang lelaki amat pantang bila bakal pasangan menempelak atau menunjukkan kesilapan atau kebodohan lelaki tersebut. Ini cara terbaik memutuskan hubungan.

56. Orang perempuan mudah tertawan kepada lelaki yang boleh mengaku salah, meminta maaf, meminta bantuan, bertolak ansur, pandai mendengar, bersabar dan lemah lembut terhadap wanita.

57. Bila bercakap dengan lelaki, orang perempuan harus fokus kepada fakta dan sampaikan secara ringkas. Penjelasan yang berjela-jela dan memasukkan unsur perasaan akan membunuh minat lelaki terhadapnya.

58. Jika orang perempuan marah, pujuklah dengan kasih sayang. Tanya Kenapa dia marah, dengari dengan teliti dan jangan komen atau cuba beri nasihat. Orang perempuan mudah sayang pada lelaki yang pandai mendengar dan sensitif kepada perasaannya.

59. Jika lelaki marah, jangan sibuk nak tanya Kenapa dia marah. Pamerkan kasih sayang dan bentuk suasana yang tenang. Doakan dia dan beri masa untuk dia merawat dirinya sendiri.

60. Fahami bahawa orang lelaki bercakap secara terus terang, ringkas dan objektif. Orang perempuan sering bercakap secara berlapik, terperinci dan banyak yang tersirat.

PETUA PANJANG UMUR

31 May, 2007
~DR.FADZILAH
Seorang suami yang memeluk isterinya untuk sekurang-kurangnya 10 saat setiap pagi akan panjang umurnya lima tahun. Pakar motivasi Datuk Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah berkata, fakta berdasarkan kajian oleh seorang pakar di Jerman mengenai hubungan antara sentuhan dan tahap kesihatan “Seseorang itu boleh panjang umur jika memeluk isterinya setiap hari kerana pelukan dan sentuhan boleh menyebabkan tubuh manusia mengeluarkan pelbagai hormon termasuk endorfin yang baik untuk kesihatan tubuh.
Bagaimanapun, sebagai seorang Islam kita tidak harus lupa ajal dan maut terletak di tangan Allah,” katanya ketika memberi syarahan bertajuk`Perkahwinan dan Seks: Penawar dan Rawatan Bagi Banyak Penyakit’ di Persidangan Ketiga Perubatan Daripada Perspektif Islam anjuran Pusat Perubatan Universiti Malaya di Hotel Sheraton Subang di sini hari ini.
Hormon endorfin adalah sejenis bahan kimia semula jadi yang bertindak sebagai penahan sakit dan mengurangkan keresahan. Jelasnya, selain mempunyai kesan positif dari segi saintifik dan kesihatan sentuhan, pelukan dan gurau senda antara suami dan isteri juga merupakan sunah Rasulullah s.a.w. Tambah beliau, ada kajian di Amerika Syarikat (AS) juga mendapati pelukan suami dapat mengurangkan tahap kolesterol dan meningkatkan kesihatan isteri.
Oleh itu suami yang inginkan isterinya menurunkan berat badan digalakkan memeluk isterinya lebih kerap,” katanya disambut dengan gelak ketawa oleh peserta persidangan itu. Jelas beliau, hubungan seks dalam penuh rasa kasih sayang juga dapat membantu pasangan untuk awet muda dan berketerampilan menarik.
Wanita yang mempunyai kehidupan seks yang baik dan bahagia akan lebih cenderung untuk menghiasi diri,” kata Fadzilah

Suami..wanita..isteri..lelaki

30 May, 2007

Kecantikan seorang wanita ialah terletak sejauh
mana ia dapat menahan(menjaga) malunya, sementara kegagahan seorang lelaki ialah terletak sejauh mana ia dapat menahan (menjaga) marahnya.

Orang yang membujang adalah orang yang belum menemukan penghibur duka dan dia baru memperolehinya dengan berkahwin.

Suami adalah orang yang mencari kebahagiaan hidup dengan menghilangkan sebahagian kemerdekaannya.

Wanita menghadapi banyak permasalahan; sebahagian diatasi dengan berkhawin dan sebahagian yang lain diatasi setelah dia masuk ke liang kubur.

Mata yang paling indah tetapi juga harus diwaspadai adalah mata kaum wanita.

Jangan menyalahkan perasaan isteri anda kerana perasaannya yang terbaik ialah ketika ia menerima anda sebagai suami.

Perawan tua ialah wanita yang kehilangan kesempatan menyusahkan seorang lelaki.

Yang diinginkan seorang gadis dari dunia ini hanyalah seorang suami,dan apabila ia sudah memperolehinya, ia menginginkan segala-galanya.

Wanita bisa memaafkan suatu pengkhianatan suaminya, tetapi dia tidak bisa melupakannya.

Kecantikan wanita tidak bererti apa-apa dibandingkan dengan kemuliaan akhlak dan perilakunya.

Sebelum khawin, wanita hafal seluruh jawaban dan sesudah khawin, ia hafal seluruh pertanyaan.

Barangsiapa mengawini wanita kerana hartanya, maka dia telah menjual kemerdekaannya.

Wanita adalah bintang dan pelita bagi lelaki. Tanpa pelita, lelaki bermalam dalam kegelapan.

Wanita lebih cepat daripada lelaki dalam menangis dan dalam mengingatkan peristiwa yang menyebabkan dia menangis.

Wanita tertawa bila ia mampu dan menangis apabila ia menginginkan sesuatu.

Pudarlah kebahagiaan seorang wanita jika ia tidak mampu menjadikan suaminya teman yang termulia.

Wanita sangat berlebihan dalam mencintai dan membenci, dan tidak mengenal pertengahannya.

Wanita selalu tergolong manusia halus dan lembut sampai saat dia berkhawin.

Tidak mungkin seorang lelaki hidup bahagia tanpa didampingi oleh isteri yang mulia.

Wanita hidup untuk berbahagia dengan cinta, sementara lelaki mencintai untuk hidup berbahagia.

Seorang wanita yang bijaksana menambahkan gula pada kalimatnya setiap kali berbicara denga suaminya, dan mengurangi garam pada ucapan suaminya.

Cincin perkhawinan adalah cincin termahal di dunia, sebab mengharuskan pemberinya mengingatkan harganya setiap bulan tanpa henti.

Sesungguhnya tidak ada wanita yang sangat cantik, yang ada ialah kaum lelaki yang sangat lemah bila berhadapan dengan kecantikan.

Bagi lelaki, yang terakhir kali mati ialah jantungnya dan bagi wanita adalah lidahnya.

Wanita tidak diciptakan untuk dikagumi semua lelaki tetapi sebagai sumber kebahagiaan seorang suami.

Pada waktu bertunang, lelaki banyak berbicara dan perempuan mendengarkan. Pada saat perkhawinan, perempuan berbicara dan pengantin lelaki mendengarkan. Sesudah perkawinan, suami dan isteri banyak berbicara dan para jiran tetangga mendengarkan. Setiap wanita mempunyai dua mata. Adapun wanita yang cemburu berlebihan mempunyai tiga mata. Satu di sebelah kanan, satu di sebelah kiri dan yang ketiga diarahkan kepada suami. .

Wanita pada umumnya takut akan munculnya uban dan wanita-wanita cantik yang menjadi saingannya.

Isteri yang bersikap jujur dan setia kepada suami meringankan setengah beban kehidupan suaminya.

Seorang wanita menghadapi kesulitan apabila ia berada di antara lelaki yang dicintainya dan yang mencintainya

Roboquad

30 May, 2007

http://www.roboquadonline.com/watch.html

The Roboquad invasion – intelligent life has landed. Roboquad is an inquisitive robot with unusual movements and an advanced sensor array. Change his awareness, activity or aggression levels to completely alter his personality and behaviour. Interact with his long range, deep IR scanner and sound sensor, control him with the full function remote and watch him react to light.

Spyke Wifi Spy Robot

Spyke Wifi Spy Robot

Made by Meccano, Spyke is the first robot to be built that you can transform and control from a computer through a WiFi connection! Moreover, you can control him from anywhere in the world via the Internet! Spyke comes with a video camera, a microphone, a loudspeaker and 2 motors. He is a Spy Robot, and can move, watch, hear, speak, take pictures, record video and sound. He is equipped with light and sound effects, video filters and…Spyke is a telephone! He can be used as a VOIP (voice over internet protocol) phone & webcam and is compatible with Skype 3.0. Spyke is a Digital Music Player that allows you to listen to your own music, or keep the dog entertained by putting his favourite songs on while you’re at the office! Spyke is a video surveillance device! When a movement is detected, Spyke activates an alarm or sends you a picture by e-mail. When the battery charge gets low, Spyke returns back to his recharging station automatically! Approx. Dimensions: 35(H) x 25(W) x 25(D) cm

Roboreptile

Roboreptile

Using biomorphic movements to replicate real life, fast and agile, reptile behaviour, the Roboreptile bites, jumps and attacks, utilising his vision and sonic sensors to track movements and avoid obstacles. If autonomous mode gets too intimidating you can switch to program mode to create your own reptile routine, or in guard mode he will keep watch over your stuff and attack when disturbed.

Sony Enhances Data Transfer Rate of Holographic Data Storage System to over 30x

30 May, 2007

Sony Corp. announced that it has succeeded in enhancing the data transfer rate of its coaxial type holographic data storage system from 3 Mbps to 107 and 92 Mbps when writing and playing back, respectively (lecture number: WDPDP2).

Holo

In the coaxial type holographic data storage system, recording and reference lights are provided on the same optical axis. In Sony’s system, a recording light with embedded data is arranged in the center of a laser beam while a reference light is located on the periphery of the beam so that the two lights interfere with each other, thereby recording two-dimensional barcodes (page) including information onto a recording medium.

Sony utilizes the image-stabilizing technique to enhance the data transfer rate at the time of recording and playback. The laser beam is controlled to follow the rotation of the disc medium so that the disc can be irradiated with the beam on one spot for as long as possible, thus increasing the data transfer rate. An optical component called scanning device that reflects the laser beam is employed to control the beam to follow the disc.

This time, two major improvements have been added in order to enhance the data transfer rate at the time of recording. First, Sony has revised the page format. Second, the company has employed an optical deflector with a high driving frequency as the scanning device. The amount of information contained per page is 63.5 kb and the number of pixels in the signal light is set to 252 x 252. The maximum driving frequency is 20 MHz.

In addition to these improvements, a CMOS sensor featuring a frame frequency of 1.5 kfps has been adopted to increase the data transfer rate at the time of playback. The pixel count is 512 x 512. The data transfer rate at the time of playback increases as the frame frequency of CMOS sensor that receives the reproduced signal light and converts it into an electric signal is enhanced.

The system employs a blue laser unit composed of a semiconductor laser diode and an external oscillator. The laser output when recording is 2.9 mW, while that at the time of playback is 2.1 mW. The system performs multiplex recording of 100 pages of data and plays them back. In the future, the company aims to increase the transfer rate to 1 Gbps by enhancing the laser output and sensitivity of the recording medium as well as increasing the data amount per page.

 

QR Code

29 May, 2007

 

The QR Code for Wikipedia (EN) Main Page

A QR Code is a matrix code (or two-dimensional bar code) created by Japanese corporation Denso-Wave in 1994. The “QR” is derived from “Quick Response”, as the creator intended the code to allow its contents to be decoded at high speed. QR Codes are most common in Japan, and are currently the most popular type of two dimensional code in Japan.

This video explain the matrix code QR

Overview

Although initially used for tracking parts in vehicle manufacturing, QR Codes are now used for inventory management in a wide variety of industries. More recently, the inclusion of QR Code reading software on camera phones in Japan has led to a wide variety of new, consumer-oriented applications, aimed at relieving the user of the tedious task of entering data into their mobile phone. QR Codes storing addresses and URLs are becoming increasingly common in magazines and advertisements in Japan. The addition of QR Codes on business cards is also becoming common, greatly simplifying the task of entering the personal details of a new acquaintance into the address book of one’s mobile phone.

Consumers with capture programs and a PC with an RS-232C-interface may use a scanner to acquire the data.

Qr

The Japanese standard for QR Codes, JIS X 0510, was released in January of 1999, and a corresponding ISO International Standard, ISO/IEC 18004, was approved in June of 2000.

Qr_Code

“QR Code is open in the sense that the specification of QR Code is disclosed and that the patent right owned by Denso Wave is not exercised.”—from the Denso-Wave website

Storage

QR Code Data capacity
Numeric only Max. 7,089 characters
Alphanumeric Max. 4,296 characters
Binary (8 bits) Max. 2,953 bytes
Kanji/Kana Max. 1,817 characters
Error Correction capacity
Level L 7% of codewords can be restored.
Level M 15% of codewords can be restored.
Level Q 25% of codewords can be restored.
Level H 30% of codewords can be restored.

QR codes use the Reed–Solomon error correction. The example below illustrates how the QR code handles distortion. Pixels were either added or removed from the original code to examine the borderline distortion level. Both images where data was altered are still recognisable and use the “L” level of error correction.

 

 


What is Ubiq’ Window

29 May, 2007

“This is a ‘Minority Report‘ technology, this is our vision of the future, we wanted it”a large telecommunication operator UbiqPreview »

Ubiq’ window is a breathtaking hardware and software technology which brings interactivity to any show window, wall, piece of glass.

TOUCHLESS Ubiq’window is a touchless technology which allows unique gestures by reading very accurately users’movement of fingers or hands.

Ubiq More

ATTRACTIVE Ubiq’window is incredibly attractive and pleasant to use. The wow effect is immediate.

Ubiq

OPEN Ubiq’window supports any type of software applications. Legacy software, web site can be used without modification. Application developers have total freedom to build the application their clients need. Ubiq’window can even be used without any digital interface but with real objects .

Ubiq

EASY Ubiq’window does not require any frame or reflecting device. It is easily installed wherever you need interactivity. Ubiq’window is totally invisible to users and can be installed inside or outside.

Ubiq

UNIQUE Ubiq’window leverages the latest research in optics and mathematics and permanent effort in research are promising even more breathtaking capabilities.

What customers say:

“This is no machine, this is magic. Plasma screens have no glamour, too squared, Ubiq’window is incredibly attractive” A marketing director in Tokyo

“I can use very different and innovative contents with Ubiq’window. I just develop and install it, it works” a software development agency manager in Tokyo

“This is the ultimate shop window interactivity solution, any object can become interactive” a dynamic signage specialist in Australia

“This is very flexible for integration in my architecture projects. The technology is invisible, and clients have never seen this before” an architect in New-York
“ Sugooiii” the typical reaction of users in Japan

http://www.ubiqwindow.jp/english.htm

Segamat

29 May, 2007

Segamat is a town and district located in the north of the state of Johor in Malaysia, bordering two other states of Malaysia (Negeri Sembilan on the west and Pahang on the north). It is located roughly 172 kilometres from Johor Bahru, the capital city of Johor State. It is 95 km travel distance via North-South Expressway from Johor Bahru to Yong Peng. It is another 77 km via Federal Route 1.

Strategically situated between Kuala Lumpur, Johor Bahru and Singapore, Segamat is a fast growing agricultural oil palm and rubber district, famous for its delicious durians, and the recent slogan used to attract tourists to Segamat is Selamat Datang ke Segamat – Tanah Raja Buah-buahan (Welcome to Segamat – The Land of King of Fruits). Segamat town is a typical medium size town with a blend of old and new cultures. A mere 45 minute drive from town offers a variety of hiking and swimming sites namely the famous Gunung Ledang, Air Panas Waterfall and Bekok Waterfall which make an enjoyable weekend getaway

History

According to a local historian, Hassan bin Muhammad, the area used to be known as Rantau Panjang. In around 1511, a Bendahara (Prime Minister) of Melaka (Malacca), Bendahara Tepok and his troops were retreating to Johor after the fall of Melaka to the invading Portuguese forces led by Alfonso de Albuquerque. The Bendahara and his troops stopped and rested by a river in the area and drank water from the river. After the drink, the Bendahara exclaimed, “Segar amat!“, or “Very refreshing!” in Malay, and named the river Segar Amat, which over time evolved into Segamat. However, initially the name Segamat only applied to the river. The settlement which later became Segamat was originally called Rantau Panjang. The town assumed the river’s name only at the turn of the 20th century.

By the end of 19th century, the four original districts have several minor districts, for example the previous Muar District has 4 minor districts – Parit Jawa, Chohong, Lenga and Segamat. The first District Officer of Segamat Minor District was Encik Menthol bin Haji Ahmad. In 1933, the district of Segamat was formed after a major district boundary realignment was made by the government of Johor to split the original 4 districts (Muar, Batu Pahat, Johor Bahru and Sedili) into the 8 districts as we know today.

After the formation of Segamat District, the government began to develop Segamat, mainly with agricultural activities to boost the economy of Segamat. This included the construction of the national railroad system passing the town of Segamat and also the construction of the main road known today as Federal Route 1.

In 1970s, Tun Razak Highway was constructed to boost the economy of Segamat as an agricultural hub, to shorten the traveling time to Kuantan and to speed up the development progress of the poorly-developed areas in southern Pahang.

The Johor branch campus of Universiti Teknologi MARA (UiTM) was constructed at Jementah in the end of 1980’s and started its operation in 1991. The construction of UiTM campus in Segamat district turned Segamat into another important educational hub in Johor besides Skudai, which houses Universiti Teknologi Malaysia.

In 1996, Segamat Land Port was constructed to make Segamat an important transportational hub, like Nilai in Negeri Sembilan. By constructing the land port, manufacturers may just transport their goods to Segamat Land Port and then the goods can be transported to the nearest sea ports such as Pasir Gudang by train and this will increase the transportation efficiency.

In 1999, the second bridge of Segamat was constructed to reduce congestion at the main bridge. The second bridge was included as a part of Segamat Inner Ring Road package consisting the road upgrade to 4-lane road at Jalan Pemuda, Jalan Hassan, Jalan Pee Kang Hai and Jalan Chia Chin Koon, which was completed in August 2005. The inner ring road package is useful to divert the traffic flow when the main roads at the town center are closed for special occasions and events such as National Day.

Origin of Name

The name Segamat is believed to have been derived from the combination of these two Malay words – Segar-Amat

Residences in Segamat

 

The map of residences in Segamat District

 


The map of residences in Segamat District

Segamat is divided into 11 residences, or mukim in Malay. Each mukim is administered by a headman or penghulu.

The residences of Segamat are as follows:-

  • Mukim Sungai Segamat – houses about three-quarter of Segamat town.
  • Mukim Gemereh – The smallest mukim in Segamat.
  • Mukim Bekok – the largest mukim in Segamat.
  • Mukim Jabi
  • Mukim Sermin
  • Mukim Buloh Kasap
  • Mukim Jementah
  • Mukim Pogoh
  • Mukim Labis
  • Mukim Chaah
  • Mukim Gemas

Mukim Sungai Segamat is the most populous residence in Segamat District since it houses the majority of Segamat town. The highest population density is in Mukim Gemereh, followed by Mukim Sungai Segamat with over 200+ residents per square km. The lowest population density is in Mukim Bekok with about 50 residents per square km.

The Segamat district is divided by two municipal administratives namely Majlis Daerah Segamat or Segamat District Council based at the town of Segamat and Majlis Daerah Labis or Labis District Council seated at the town of Labis.

Segamat town center

 

Segamat Second Bridge which connects the Uptown and Crosstown

 


Segamat Second Bridge which connects the Uptown and Crosstown

The town of Segamat is the fifth largest town in the state of Johor with about 80,000 residents. According to local residents of Segamat, the town center of Segamat can be divided into two, where both neighborhoods are separated by Segamat River:-

  • Bandar Atas (Uptown) – The original town center of Segamat. The official site of Segamat town center today is Dataran Segamat, or Segamat Square.
  • Bandar Seberang (Crosstown) – Located at the other side across Segamat river. This neighborhood is known as Bandar Seberang because of its location across Segamat river. This area houses most of the supermarkets and shopping centers in Segamat.

In addition to the town center, the urban area of Segamat also covers some villages and towns namely Pekan Jabi, Bukit Siput, Segamat Baru and Bandar Putra Segamat, which makes up the overall population of Segamat urban area to 100,000 residents.

Major attractions

  • Dataran Segamat – Dataran Segamat or Segamat Square was constructed in 1996 as the main venue for Johor’s state level celebration of the Malaysian National Day. In 2005, when Segamat was once again chosen as the state-level host, Dataran Segamat was renovated beautifully. It also houses the clock tower and a durian replica that makes Dataran Segamat the landmark of Segamat. Location: 2°30′40″N ; 102°48′50″E.
  • Taman Bunga Batu Hampar (Rock Garden) – The Rock Garden is the main recreational park in Segamat. It also houses the official residence of the District Officer of Segamat and also the Istana Hinggap, Johor royal retreat. Location: 2°30′59″N ; 102°48′43″E.
  • Bendahara Tepok Tomb – The tomb of the final Bendahara of Sultanate of Malacca is located at Kampung Lubok Batu, about 2 km from Segamat town center via Federal Route 23. Location: 2°30′03″N ; 102°48′30″E.

Education

  • Universiti Teknologi Mara Kampus Johor – Located about 8 kilomters or 10 minutes drive from Bandar Segamat, UiTM Kampus Johor are major in Business and Accounting learning in Diploma and Degree level. Surrounded by a green landscape and rubber trees, this campus is a suitable place to study and enjoy a live in “kampung style”.
  • Kolej Tunku Abdul Rahman – The Johor Branch Campus in Segamat began operations on 18 May 1998. Located at the south of Segamat, the College is approximately 10 to 15 minutes drive from the town. Centred on an impressive 50-acre campus space, and surrounded by lush greenery and landscaped gardens, the College is equipped with every facility and recreational amenity for the most conducive study environment around.

Cost of Living

The cost of living in Segamat is relatively affordable. Accommodation is readily available at the housing areas in Segamat town. Shophouses, supermarkets, restaurants and hawker centres in the proximity offer various and inexpensive choices for shopping, chilling out and eating out.

Segamat local legends

Legend of Malim Deman

Malim Deman is a king in Segamat who was in love with Princess ‘Santan Bertapis’. The princess was kidnapped by a spirit and Malim Deman swore that as long as the princess is not returned, the Segamat area shall experience floods for all eternity. However, with modern town planning and irrigation, flooding is now a rare occurrence in Segamat.

Segamat floods

Segamat had experienced floods during the 1950s, 1984 and recently in 18 December 2006. The one in 2006, which was caused by Typhoon Utor in the Philippines, was generally considered the worst flood to happen in Segamat and Johor, despite better town planning and irrigation by the authorities.

According to the elders in Segamat, a myth exists that tells of a dragon, whose length spans the distance between Kampung Berata and Kampung Gemereh (~ 5km). The dragon sleeps underground, and Segamat may experience very bad floods when the dragon changes its sleeping position, said to be caused by gaps made when the dragon moves.

Other towns in Segamat District

  • Labis
  • Jementah
  • Buloh Kasap
  • Chaah
  • Bekok
  • Batu Enam
  • Jagoh
  • Pekan Air Panas
  • Gemas Baharu
  • Sungai Karas

Map of Segamat

Jelajah Manchester United ke Malaysia batal

28 May, 2007

MU Tour 2007

LONDON – Kedatangan Manchester United ke Malaysia untuk satu perlawanan persahabatan sah sudah dibatalkan, kata Presiden FIFA, Sepp Blatter.

“Saya memuji langkah Manchester United membuat keputusan tidak ke sana (Malaysia). Tetapi jelajah mereka ke Jepun, Macau dan Korea masih diteruskan.

“Ini kerana perlawanan di tiga negara itu tidak menjejaskan Piala Asia,” kata Blatter pada sidang akhbar di Zurich, semalam.

Piala Asia dijadual berlangsung dari 7-29 Julai melibatkan empat tuan rumah iaitu Malaysia, Indonesia, Thailand dan Vietnam.

Keputusan United itu ternyata satu tamparan hebat buat kerajaan Malaysia yang sebelum ini tetap berkeras mahu perlawanan persahabatan diteruskan kerana ia turut menjadi harapan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Kerajaan Malaysia mengatur kedatangan United itu sebagai salah satu program sambutan 50 tahun kemerdekaan negara itu.

Berdasarkan jadual Jelajah Asia 2007 :

MU Tour 2007

sumber dari : http://www.travelcaresports.com/far_east_tour/index.php

The Reds will travel to Japan to face Urawa Red Diamonds on 17 July at Saitama Stadium, before heading to Korea on 20 July to take on FC Seoul at the Seoul World Cup Stadium.

Next stop is Macau Stadium in China where Shenzhen FC will be the opposition on 23 July. The final destination will be Kuala Lumpur’s Bukit Jalil Stadium for a match against a Malaysian XI on 27 July.

Walaupun dengan pembatalan perlawanan persahabatan antara Malaysia XI, VMY 2007 akan tetap meriah. Dengan beberapa aktiviti yang telah dirancang. Pastinya VMY 2007 yang bersempena 50 tahun kemerdekaan negara pastinya akan memberi seribu satu kenangan bermakna buat pelancong-pelancong yang berkunjung ke Malaysia.

Welcome To Malaysia 2007

Popular Malaysia Dishes

27 May, 2007

A visit to Malaysia during this VMY 2007 is incomplete without trying out some of these popular dishes:

1. Ketupat
2. Kuih
3. Lemang
4. Sate
5. Nasi lemak
6. Roti jala

Ketupat

Ketupat ialah sejenis hidangan daripada nasi atau pulut yang dibungkus dengan daun kelapa dan direbus dalam periuk yang terkenal di Malaysia, Indonesia serta beberapa negara Asia Tenggara lain.

Jenis ketupat bergantung kepada bahan yang digunakan dan daun yang digunakan untuk membuat bungkusannya. Ketupat pulut ialah ketupat yang mengunakan beras pulut sebagai bahan asasnya, manakala ketupat nasi dibuat daripada beras atau padi. Biasanya dibungkus dengan daun kelapa.

 

Ketupat palas

 


Ketupat palas

Ketupat palas ialah ketupat yang menggunakan daun palas sebagai pembungkusnya. Biasanya daun palas digunakan untuk membalut ketupat pulut, manakala daun kelapa untuk ketupat nasi.

Ketupat tiga segi ialah bentuk ketupat tersebut tiga segi. Ketupat moden biasanya empat segi.

Sejak 1990, ketupat tidak lagi dibuat daripada daun kelapa, sebaliknya dibungkus dalam plastik dan dikukus dalam periuk elektrik. Ketupat sebegini dinamakan nasi himpit. Walaupun ada pelanggan yang merungut bau tidak seenak dahulu, itu tidak jadi masalah.

Ketupat biasanya dihidangkan semasa hari raya sahaja iaitu pada Hari Raya Puasa dan Hari Raya Haji. Ia biasanya dihidangkan dengan rendang dan serunding serta kuah kacang. Namun kini, ketupat turut dihidangkan dengan sate di gerai-gerai dan restoran seperti di Kajang

Kuih merupakan sejenis makanan berbentuk snek yang mudah dijumpai di Kepulauan Melayu. Kuih boleh dimakan pada bila-bila masa, dan sesetengah kuih cuma dibuat pada musim perayaan.

 

 

 

Karipap.
Karipap.

 

Kuih koci.

Kuih koci sejenis kuih lembut dibungkus daun pisang dan mempunyai inti.

 

Biskut makmur.
Kuih makmur

 

 

 

Kuih Seri Muka.

Kuih Seri Muka.

 

 

Kuih lapis
Kuih lapis

 

Lemang

Lemang merupakan sejenis masakan tradisi yang disukai ramai. Lemang dijual sepanjang tahun, tetapi lebih meluas pada hari perayaan seperti hari-hari raya.

 

Gerai lemang di tepi jalan Kuantan - Terengganu di Kijal.

 


Gerai lemang di tepi jalan Kuantan – Terengganu di Kijal.

Lemang di pantai timur biasanya dimakan bersama dengan ikan bakar, tetapi di pantai barat, ia sering dihidangkan bersama rendang atau serunding.

Lemang diperbuat daripada beras pulut dan santan yang dimasukkan ke dalam ruas buluh yang dilapik dengan daun pisang, sebelum dibakar sehingga masak.

Resepi

Bahan-bahan

  1. 1 kg beras pulut
  2. 3 biji kelapa (ambil santannya) 2 batang buluh sederhana besar
  3. Garam

Cara penyediaan

  1. Basuh beras pulut dan tuskan airnya.
  2. Gulong daun pisang dan masukkan ke dalam buluh mengikut bulatan buluh.
  3. Kemudian masukkan beras pulut yang telah dituskan ke dalam gulongan daun pisang dalam buluh tersebut dan tinggalkan ruang satu atau dua inci. Jangan terlalu penuh.
  4. Masukkan sedikit garam secukup rasa ke dalam santan dan tuangkan ke dalam buluh.
  5. Bakar dengan menggunakan api yang sederhana besar. Setiap 15 minit hendaklah dibalik-balikkan agar masaknya sama rata.
  6. Masak sehingga tiga hingga empat jam sebelum diangkat.

Sate

Sate (ejaan lama Satay) ialah sejenis makanan yang dicucuk dengan lidi. Secara khususnya, sate dibuat daripada kepingan daging yang dicucuk pada lidi kelapa / buluh dan dibakar menggunakan api arang kayu.

Konon sate dicipta oleh para pendatang Tionghoa yang menjual daging bakar di pinggir jalan. Kata sate bererti “tiga tingkat” dalam dialek Amoy.

Selain sate lembu dan ayam yang popular, terdapat beberapa jenis sate lain yang dijual, antaranya:

  1. Sate arnab
  2. Sate perut
  3. Sate pedal
  4. Sate kerang
  5. Sate ikan
  6. Sate ampai-ampai

Kebanyakan orang Melayu tidak makan daging semata-mata. Oleh itu biasanya turut disertakan nasi dalam bentuk ketupat. Sate mudah dimakan di tepi-tepi jalan kerana dicucuk dengan lidi kelapa. Kuah sate disediakan daripada kacang yang ditumbuk lumat dan digaul serta dimasak dengan pelbagai herba. Bau yang wangi amat penting. Boleh juga didapati, sate dihidang dengan bawang merah dan timun, selain ketupat nasi atau nasi himpit.

 

Sate ayam.

 

 

 

Sate ayam.

 

Satay ampai-ampai.

 


Satay ampai-ampai.

Di Malaysia, sate sering dikaitkan dengan sate Kajang. Di Bayan Baru, Pulau Pinang ada dijual sate Kajang. Begitu juga dengan di Ipoh, Muar dan Johor Bahru.

Sate bukan menu makanan Melayu semata-mata. Sate turut popular di negara-negara Asia Tenggara lain. Di benua Amerika Selatan iaitu di negara Guyana ada juga sate, tetapi saiznya lebih besar.

Kita sedia maklum ramai orang Indonesia dibawa oleh penjajah Belanda ke Guyana untuk menjadi buruh paksa di sana. Mungkin mereka inilah yang membawa budaya sate di benua Amerika Selatan.

Di Malaysia sate dipercayai diperkenalkan oleh Haji Tasmin bin Sakiban di pusat bandar Kajang sekitar tahun 1900. Beliau menjual dari rumah ke rumah dan di sepanjang jalan, beliau akan berhenti jika dipanggil. Jadi perniagaan beliau adalah jenis perniagaan bergerak ataupun peniaga kandar. Ini merujuk kepada dua bekas yang dikandar oleh peniaga. Gambaran mengenai peniaga sate yang mengandar barang jualannya boleh dilihat di dalam filem Pontianak Gua Musang.

Anak saudara Haji Tasmin telah mengkomersilkan sate Kajang ini. Jika dahulu sate dimakan di tepi-tepi jalan dan gerai-gerai kecil, kini sate dijual dibangunan yang lebih mewah dan standard. Cara hidangan, lokasi, menu air, menu sate turut berubah sesuai dengan perubahan zaman.

Nasi Lemak

Hidangan nasi lemak yang merupakan makanan kegemaran orang Malaysia.

Nasi lemak merupakan makanan kegemaran bagi orang Malaysia dan Singapura terutama sebagai sarapan pada waktu pagi. Nasi lemak merujuk kepada nasi yang dimasak dengan menggunakan santan kelapa, bagi menambah rasa lemaknya. Kadangkala daun pandan dimasukkan semasa nasi lemak dimasak bagi menambahkan aromanya.

Nasi lemak biasanya dihidangkan dengan telur, timun, ikan bilis goreng dan sambal. Tetapi kini nasi lemak dijual dengan pelbagai lauk yang termasuk tetapi tidak terhad kepada daging, ayam, sotong, udang, limfa, dan hati (lembu).

Pemakanan Asal

Nasi lemak bukanlah satu makanan sarapan harian pada umumnya. Amalan pemakanan nasi lemak merupakan satu bekalan kepada pesawah-pesawah padi mahupun yang mengusahakan kebun seperti getah, kelapa sawit, sayur-sayuran dan lain-lain. Kebanyakan di Semenanjung Malaysia dan Singapura, bekalan Nasi Lemak sering dibekalkan, kerana ia mampu memberi tenaga kepada mereka ini yang membanting keringat.Nasi lemak dikatakan tidak begitu sihat untuk dimakan hari-hari kerana tinggi kalori dan lemaknya oleh pakar pemakanan.

Roti jala

 

Roti jala makanan kegemaran di Malaysia.

Roti jala merupakan makananan kegemaran di Malaysia, dan juga di negara-negara ASEAN. Roti Jala adalah sejenis hidangan berbentuk jala. Roti jala dimakan bersama kuah. Bekas khas yang mempunyai beberapa lubang biasanya digunakan bagi menghasilkan roti jala yang dimasak di atas kuali leper.

Roti Jala sering kali menjadi pilihan pada perayaan istimewa dan dihidangkan dengan kari atau gulai ayam atau daging. Roti jala dinamakan sedemikian kerana bentuknya semasa dibuat seperti jala menangkap ikan.

Terdapat dua jenis kuah, iaitu kuah manis (popular di negeri-negeri pantai timur), dan kuah gulai, terutama gulai ayam (popular di pantai barat.)

 

Gulai ayam.

 


Gulai ayam.

Resepi

Bahan-Bahan:

  1. 1 kilo tepung gandum
  2. 2 biji telor ayam
  3. 1 tin susu cair Carnation 1 sudu marjerin
  4. Sedikit garam
  5. Setitik pewarna kuning

Cara membuatnya

Bancuh tepung bersama susu cair, garam, mentega dan telur. Apabila sudah sebati letakkan pewarna. Adunan tersebut mesti agak cair agar mudah dijalin. Anda juga boleh menapis adunan tersebut bagi memastikan ia tidak berketul dan menyumbat bekas jalinan. Setelah sebati, panaskan kuali yang rata dan sapukan sedikit minyak.

Masukkan adunan cair tersebut kedalam bekas penjalin, atau gunakan plastik yang ditebuk lubang kecil dan kemudian kemudian layangkan tepung yang telah cair keatas kuali rata tersebut.

Kemudian setelah selesai angkat dan bolehlah di gulong segi empat atau dilipat segi tiga.