Archive for June, 2007

Portable Bubble Wrap Toy

26 June, 2007

Satu keseronokan dan satu nikmat. Apa tidaknya apabila anda menerima bungkusan barang ataupun dengan setiap pembelian barang yang disertakan dengan pelindung barangan iaitu plastik yang berisi angin, pasti dengan mudah satu persatu anda akan memecahkan setiap bebola angin yang ada. Ia merupakan lumrah bagi sesorang lelaki untuk berbuat demikian. Keseronokan demikian dikongsi bersama dan terhasillah gadget ini.

bandai-puchipuchi-bubble-wrap-toy-2

Bandai mengaplikasikan keseronokan memecahkan belon plastik ini daripada bunyi yang terhasil, maka terhasillah PuchiPuchi ( infinite bubble wrap toy) . Puchipuchi dalam bahasa jepun ialah bunyi letupan kecil dan sebagai nama simbolik bebola plastik itu tadi.

Berbentuk seperti pemegang kunci dan keseronokan memecahkan bebola plastik turut anda dapat rasakan disini.

bandai-puchipuchi-bubble-wrap-toy-1

Setiap pecahan bebola udara ke 100 pops, terdapat bunyi “door chim “, “barking dog”, “fart”,dan “sexy voice”. Memang menarik dari idea yang dicetuskan oleh bandai ini.

Read More >>

Get Ubuntu 7.04 Free CD

25 June, 2007

Baru sahaja membuka sampul surat yang berisi CD ubuntu 7.04. Diedarkan oleh :

Ubuntu 7.04 (Feisty Fawn)

MediaMotion c/0

Ubuntu – kubuntu – edubuntu

4800DD Breda

The Netherlands

Ubuntu CD

Ubuntu CD

Ubuntu CD

Ubuntu CD
Ubuntu CD mengandungi hanya perisian percuma dan menggalakkan anda menggunakan sumber percuma dan terbuka dan berkongsi sesama masyarakat ( komuniti)

Anda juga boleh mendapatkan versi UBuntu cd yang terbaru secara percuma dan caranya cukup mudah dan hanya mengambil masa 3 minggu untuk sampai ke pintu rumah anda.

Daftarkan butiran diri anda disini:

https://shipit.ubuntu.com/

Bagi anda yang tak mempunyai account bolehlah create satu account kat https://shipit.ubuntu.com/login

Video untuk tatapan anda :

Ubuntu 7.04 (Feisty Fawn)

Shooter Movie Reviews

24 June, 2007

Dibintangi pelakon tersohor Mark Wahlberg, Michael Peña, Danny Glover, Kate Mara, Elias Koteas, Rhona Mitra, Jonathan Walker, and Justin Louis

GENRE(S) : Action | Drama | Suspense/Thriller
WRITTEN BY: Jonathan Lemkin
Stephen Hunter (novel Point of Impact)
DIRECTED BY: Antoine Fuqua
RELEASE DATE: DVD: June 26, 2007
Theatrical: March 23, 2007
RUNNING TIME: 122 minutes, Color
ORIGIN: USA

Mark Wahlberg membawakan watak sebagai Bob Lee Swagger, seorang bekas tentera marin yang kembali dari persaraaan untuk menjalankan tugas demi menghalang satu konspirasi membunuh presiden. Apabila dia mengetahui yang dia telah dikhianati dan dipersalahkan sebagai pembunuh, Swagger cuba melarikan diri dari buruan dan menyelesaikan kes secara sendirian. Terdapat plot keganasan dan penggunaan dadah, bahasa kesat dan sedikit unsur seks.

Namun bagaimanapun filem ini patut diberi pujian. Terdapat nilai-nilai yang mungkin dapat dimanfaatkan bersama. Filem ini mendapat rating 7 dari 10 bintang.

Review terdapat di :
http://www.calendarlive.com/movies/reviews/cl-et-shooter23mar23,0,6045569.story?coll=cl-mreview

http://www.metacritic.com/film/titles/shooter

Microsoft Surface Computer : Komputer Sebagai Meja

22 June, 2007

MS Surface
Melihat kepada kecanggihan Microsoft Surface Computer, dengan reka bentuk yang kreatif pastinya ianya teknologi masa akan datang. Keperluan untuk mengisi ruang tamu anda. Yang pasti harga yang ditawarkan adalah cukup berbaloi. Mungkin sekiranya wang dalam simpanan anda mencukupi untuk berbuat demikian.

Twisted Trailers: MS Surface



p/s: credit to sarcastic gamer untuk idea kreatif ni.

http://www.sarcasticgamer.com/2007/06/ms-surface-how-we-would-have-done-it.html

Kim Ah Joong – 200 Pounds Beauty

14 June, 2007

Video dari : 200 Pounds Beauty ( Maria )

Kim Ah-joong (김아중)

Latest movie 200 Pounds of Beauty – Movie , love her face and voices so cute leh..huhuhuhu.. is she Kim Ah Joong??

Nak ngurat leh? kalau awek cun cemni rasanya tak cari lain ke?
Nak tau lebih tentang menariknya cita hati , jiwa dan kelakar nie boleh teruskan ke link blog:

http://syaina.blogspot.com/2007/06/200-pounds-beauty.html

**pengajaran dari filem nie, kecantikan abadi bukanlah pada bentuk fizikal. Cantik cumalah agen untuk menampilkan diri. Tetapi kecantikan sebenar datangnya dalam diri ( hati ).

Kurang 10 pounds pun ok gak. Kalau 200 pounds macam luar biasa kot.

Kasih Hingga Ke Akhirnya : Permulaan

12 June, 2007

Awak mengetahui yang awak merindui seseorang apabila jantung awak
berdegup pantas ketika teringatkan dia. Walaupun sekadar ‘hai?
daripada dia pun sudah mencukupi sebagai penenang. Awak mungkin
menaruh hati padanya, cuma awak tidak mahu menerimanya sebagai
kenyataan.

Jangan terlalu baik, saya akan merindui awak. Jangan terlalu
mengambil berat, saya mungkin menyukai awak. Jangan jadi
terlalu ’sweet? saya mungkin jatuh hati kepada awak. Seseorang yang
membuatkan awak jatuh hati padanya sebenarnya menyayangi awak lebih
daripada awak menyayangi dia.

Jika seseorang yang hadir dalam hidup kamu dan menjadi sebahagian
daripada hidup kamu, tetapi atas sebab-sebab tertentu dia terpaksa
pergi, jangan terlalu sedih…terimalah kenyataan itu dan sekurang-
kurannya dia pernah membahagiakan kamu. Masa akan menentukan segala-
galanya. Jika dia ditakdirkan bersama kamu, dia akan kembali.
Kembali pada kamu.

Penyesalan terbesar dalam hidup ialah apabila risiko yang tidak
kita ambil. Jika anda merasakan sesuatu itu tidak akan membuatkan
anda bahagia, maka teruskan. Ingatlah bahawa kita akan melalui
semua ini hanya sekali, mungkin tiada peluang kedua. Bererti masa
tidak menunggu kita. Jika anda merasakan anda telah bertemu dengan
orang yang sesuai, maka hargailah dia, jangan biarkan is berlalu
begitu sahaja. Jangan tertangguh kerana takut kelak jika dibiarkan
berlalu maka anda akan menyesal sebgitu sahaja.

Tiada sesiapa pun yang simpati kepada orang yang sengaja membiarkan
peluang pergi begitu sahaja tanpa berusaha untuk mendapatkannya
atau mempertahankan. Kita selalunya tidak menghargai seseorang yang
hampir atau menyayangi kita sehingga dia pergi meninggalkan kita.
Terdapat bintang di langit tetapi hanya satu sahaja yang begitu
menyerlah sehingga dapat menarik perhatian anda. Dari kalangan yang
anda pilih untuk diabaikan ialah sebutir bintang yang sanggup
menyinari anda walau di mana anda berada. Ini bermakna orang yang
bersama anda ketika ini mungkin bukanlah orang yang benar-benar
anda sayangi dan pada masa yang lain ada orang yang tahu dia tidak
bersama kamu ketika ini tetapi masih menyayangi kamu sepenuh
hatinya.

Adalah lebih baik untuk berani mencintai walaupun akhirnya anda
akan kecewa daripada tidak mahu mencintai kerana takut risiko atau
cabaran yang bakal mendatang. Jangan putus asa apabila terdapat
saingan dalam percintaan. Adalah lebih baik untuk anda mencubanya,
anda mungkin akan kehilangan orang yang anda sayangi selamanya.
Jangan takut untuk meluahkan isi hati anda kepda orang yang anda
sayangi dan cintai. Beritahu mereka dan biarkan mereka buat
keputusan di pihak mereka. Salah satu perkara yang paling indah

Dalam hidup ialah memberitahu kepada orang yang anda sayangi betapa
penting dan istimewanya mereka kepada anda. Anda akan rasa lebih
yakin dan puas. Malah, anda juga kan rasa bangga terhadap diri anda
kerana telah menunaikan tanggungjawab anda terhadap perasaan dan
hati anda. Jangan sesekali mengkhianati hati anda kerana akibatnya
hanya anda yang sengsara, bukan orang lain.


Salah satu cabaran yang paling sukar dalam hidup ialah mencari
orang yang tahu segala kelemahan dan kekurangan diri anda, tetapi
dia masih sanggup menyayangi anda dengan sepenuh hatinya. Cinta itu
adalah berasakan tolak ansur dan pengorbanan. Jika dia tahu
kelemahan dan kekurangan anda dan masih sanggup bersama anda dan
lebih menyayangi anda, maka anda adalah orang yang paling bertuah
kerana ada seseorang yang mencintai anda seadanya anda. Mencintai
dan dicintai perlukan keberanian. Keberanian untuk terus
mengekalkan rasa cintai itu. Seterusnya diikuti dengan perasaan
keikhlasan untuk menerima orang yang kita cintai seada mereka
walaupun dari hari ke sehari manusia sentiasa berubah

KL Banjir Lagi ?

12 June, 2007

Berita hari ini, kebanyakkan akhbar memaparkan banjir yang berlaku di ibu kota. Banjir yang disifatkan sebagai banjir kilat melanda kawasan sekitar Dataran Merdeka, Masjid India, Kampung Baru, Jalan Ipoh dan Sentul.

PEKERJA merentang kanvas di laluan keluar masuk tempat letak kereta di bawah Dataran Merdeka, Kuala Lumpur, yang masih digenangi air banjir semalam. – Gambar Siti Norsalasiah Katap.

Dalam utusan online :

Ketua Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Datuk Paduka Ir. Keizrul Abdullah berkata, projek SMART hanya mengalirkan air banjir dari Sungai Klang ke Sungai Kerayong untuk disimpan di kolam khas, tetapi ia tidak dapat mengatasi masalah lebihan air ketika hujan lebat di Sungai Gombak.

Banyak laluan utama ditenggelami air sedalam 1.8 meter dan tiga meter termasuk Dataran Merdeka, Stesen LRT Masjid Jamek, Jalan Masjid India, Jalan Perak dan Jalan Pinang, Kampung Baru, Jalan Tun Razak, Jalan P Ramlee, Jalan Kolam Air di Setapak.

Kampung Baru, Sentul, Jinjang Selatan dan Segambut adalah kawasan paling teruk terjejas.

Perdana Menteri membuat lawatan mengejut ke bilik gerakan banjir Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk mengetahui sendiri bagaimana banjir kilat boleh berlaku di ibu kota, malam kelmarin.

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang `tidak senang’ dengan banjir kilat yang berulang genap seminggu selepas melanda ibu negara pada 3 Jun lalu, meminta penjelasan daripada Kementerian Wilayah Persekutuan dan DBKL berhubung masalah itu dan jalan penyelesaiannya.

Berikut adalah penjelasan :

PM: Bukan saja banjir lebih besar, kawasan banjir juga lebih luas?

J: Sekarang kita sedang wujudkan pasukan petugas khas untuk melihat lebih terperinci masalah ini. Sebelum ini pun pelbagai langkah diambil hingga dapat mengurangkan daripada 52 kawasan banjir pada 1999 kepada hanya enam sekarang…tetapi dalam kes banjir terbaru, air melebihi paras bahaya. Selain itu, limpahan air sungai banjir juga berpunca sampah-sarap yang menyekat aliran sungai.

PM: Itu faktor manusia.

J: Air yang naik menyebabkan kawasan Dataran Merdeka dilanda banjir, tiga cedera termasuk apabila kenderaan mereka terkena pokok tumbang, manakala 89 penduduk Kampung Periuk dipindahkan sementara ke sebuah sekolah dan mereka sudah pulang ke rumah masing-masing.

PM: Masih banjir walaupun ada terowong Smart (Terowong Pengurusan Air Banjir dan Jalan Raya)?

J: Terowong Smart hanya dibuka bagi lalu lintas pada 14 Mei lalu, bagaimanapun fungsi sebagai terowong air belum siap. Terowong banjir dijangka siap bulan depan dan beroperasi pada Ogos. Projek Smart membabitkan penyaluran air Sungai Klang ke Sungai Kerayong, sebelum masuk semula ke hilir Sungai Klang.

Projek lain adalah tiga kolam takungan banjir iaitu Batu yang membabitkan Sungai Gombak/Sungai Batu, Sri Johor di mana Sungai Kerayong termasuk projek pembesarannya dan Jinjang (Sungai Jinjang/Sungai Keroh).

PM: Saya nak tau kenapa siap Ogos, ada penangguhan terowong Smart? Mana JPS? Periksa kontraktor kenapa lambat. Ini sebab kontraktor atau masalah struktur atau sebagainya. Boleh cepatkan? Boleh awak cepatkan? Suruh mereka (kontraktor) cepatkan.

J: Laluan air Smart sepanjang 10 kilometer hanya boleh digunakan awal bulan depan, kolam Batu pada akhir tahun ini, Sri Johor awal tahun depan dan Jinjang sepatutnya Mei lalu, tetapi dilanjutkan tahun depan. Projek Smart dan projek lain mengikut jadual. Tetapi sekarang ini hujan tidak bermusim dan kelewatan sebab air datang awal.

PM: Percepatkan pembinaan supaya selesai dalam jangka masa lebih awal. Projek Sungai Gombak, Sungai Klang, Sungai Kerayong dan terowong Smart beri lebih perhatian, siapkan projek.

Pelbagai usaha untuk mengatasi banjir melalui pelaksanaan beberapa projek di bawah Program Tebatan Banjir Lembah Sungai Klang.

Antaranya ialah pembinaan empangan storan, kolam takungan banjir, sistem pam, mendalam dan melebarkan Sungai Klang dan cabangnya, memperkukuhkan benteng sungai, mengadakan lencongan banjir dan menaik taraf sistem ramalan dan amaran banjir.

Orang ramai diminta supaya menjaga kebersihan dan tidak membuang sampah ke dalam sistem saliran bagi mengelakkan terowong SMART tersumbat dan menjadi punca berlakunya banjir kilat.

p/s: sedikit info tentang project smart

The “Stormwater Management and Road Tunnel” or “SMART Tunnel

http://en.wikipedia.org/wiki/SMART_Tunnel

 

SMART Tunnel during a test on 29 January 2007

 


SMART Tunnel during a test on 29 January 2007

Projek terowong air banjir itu adalah sepanjang 9.7 kilometer dengan garis pusat 13.2 meter menghubungkan tasik di Kampung Berembang dekat Sungai Klang di Ampang dengan tasik di Taman Desa dekat Sungai Kerayong di Salak Selatan.

Selain digunakan untuk mengawal banjir, terowong itu juga mempunyai laluan untuk kereta sepanjang empat kilometer.

Projek yang mengambil masa empat tahun untuk siap itu dibina pada tahun 2003 oleh Lembaga Lebuh Raya Malaysia (LLM) dan JPS dengan usaha sama syarikat Gamuda Berhad dan Malaysia Mining Corporation Berhad (MMC).

Laptop Vs Desktop

12 June, 2007

Yang mana lebih bagus ? laptop atau desktop ?

sebagai contoh:

 

An ultraportable IBM X31 with 12

 


Amran mempunyai sebuah syarikat yang kecil dan memerlukan komputer untuk melakukan tugasan grafik seperti gambar dan kertas kerja pejabat. Amran sukakan fleksibiliti yang terdapat pada sebuah laptop tetapi desktop lebih effisien dalam masa yang panjang dalam segi storan dan ketahanan.

 

Desktop computer with several common peripherals (Monitor, keyboard, mouse, speakers, microphone and a printer)

 


Secara rawak mungkin mudah nak menjawab soalan ini, Laptop adalah mudah alih dan tetapi sebaliknya pada desktop. Beberapa aspek akan dinilai.

Fleksibiliti

Sekiranya anda suka bergerak tanpa kekangan maka laptop adalah yang terbaik. Sekarang sudah terdapat sambungan jalur lebar 3G dari pembekal talian mudah alih yang membolehkan anda dihubungkan dengan sambungan jalur lebar dikawasan pedalaman

Storan / Simpanan
Satu antara faktor yang mebezakan laptop dan desktop adalah berapa besar ruang hardisk yang ditawarkan. Bentuk fizikal hardisk bagi laptop juga agak kecil. Walaupun Storan sebanyak 100GB agak biasa. Manakala storan hardisk 500GB desktop mungkin lebih berbeza dan semakin meningkat dari masa ke masa. Perbezaan yang ketara ini sebagai kunci utama desktop merupakan pilihan anda.

Multimedia dan Games
Sekiranya anda menjalankan bisnes maka perbandingan ini mungkin bergantung kepada jangka masa panjang. Tapi bagi mereka yang menginginkan kepuasan maksimum maka desktop adalah satu pilihan yang bijak tambahan dengan slot kad yang boleh diupgrade berbeza dengan laptop yang terhad.

Naik Taraf ( Upgrade )
Agak sukar menaik taraf laptop dalam erti kata lain mustahil kot. Anda boleh menambah hardisk laptop yang baru tetapi penambahan bermaksud anda terpaksa menjadikannya storan luaran ( external storage ). Kos pembaikan laptop adalah mahal dan sukar berbanding dengan pembaikan desktop.

Saya sendiri sukar nak berikan pendapat dalam membeli, tetapi desktop kebanyakan digunakan bagi tugasan tetap dan sesutu tugasan yang dilakukan statik, sekiranya anda adalah orang yang selalu bergerak makan laptop adalah sesuai bagi anda. Anda tentukan pilihan anda.

My Day – Today -

11 June, 2007

Back in action again, na na na.. nothing to write here…yada yada.. Actually im back from balik kampung time. Do i have to write in English?

Actually have to if :

MyBlog were created and mean to gain ads view / using adsense. But i thing it not make any sense….since this kind of free blogging, hanya untuk meluahkan perasaan je.

Balik kampung time sangat menghiburkan rasanya dah 3 bulan tak kembali ke kampung halaman. Sebab lama tak balik 1) Mungkin sebab kelas sabtu & ahad / Komitmen kepada internet? >>> Games

Tapi kan kalau balik kampung sekali sekala tue perlulah lama sikit, kalau di Segamat sekarang jualan Buahan Tembikai sangat laris tak taulah sebab cuaca ataupun sebab lambakan jenis buahan ini.

Tapi yang peliknya makanan feveretku petai tak musim, mungkin lantaran ujan yang berterusan menghalang pembungaan buah petai, pergghhh sambal udang + petai lazat sekali. Sehingga menjilat jari kaki. Huhuhuhuu.

Tapi yang menariknya sekarang pelbagai aktiviti telah dirangka oleh pihak daerah untuk meletakkan sebuah desa satu industri atau satu mukim satu industri. Macam yang saya dapat lihat di kampung saya terdapat sebuah bengkel menganyam rotan yang pastinya produk adalah pelbagai antaranya bakul hiasan, pelbagai produk berasaskan rotan. Menarik dan cukup menarik.

Penduduk kampung juga turut merasai kemajuan teknologi, yang baru saya dimakumkan kawasan kampung saya telah pun berada dalam liputan kawasan jalur lebar berkelajuan 1mbps (stimix). Wow lepas nie tak perlulah menunggu lama untuk mengakses internet dan meneruskan kerja2 blogging dari kampung. Yeyeyeyey.

Baru2 nie terlihat dalam kaca tv yang mana beberapa lepasan graduan mengambil inisiatif membuka ladang franchais kalau tak silap saya tanaman yang dihasilkan adalah tanaman pisang, pisang hibrid (*melalui proses benih yang dikacuk + proses makmal) <— betulkan saya kalau saya tersilap. Mendapat tajaan dana usahawan yang mana setiap seorannya mendapat pinjaman sebanyak RM400+ribu untuk mengusahakan ladang terbabit. Nampak lumayan dan dari ramal hasil tuai setelah 13 bulan, setiap bulan RM15 ribu akan diperolehi. Memang tak sia2 berbudi kepada tanah nie.

Dalam diri2 dah terniat nak buat cemni. Tapi nak mulakan dari mana yek…..sambil pikir2

Perdana Menteri kahwini Jeanne Abdullah Sabtu Ini

7 June, 2007
JEANNE ABDULLAH (Foto ihsan Jabatan Perdana Menteri/Bernama).

PUTRAJAYA 6 Jun — Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi akan melangsungkan perkahwinan dengan Jeanne Abdullah, 53, pada Sabtu ini, demikian diumumkan oleh Pejabat Perdana Menteri hari ini.

Majlis akad nikah hari itu akan dilangsungkan di kediaman rasmi Perdana Menteri di Seri Perdana di sini dan akan dihadiri oleh keluarga terdekat sahaja, menurut kenyataan berkenaan.

Jeanne dilahirkan di Kuala Lumpur pada 29 Julai 1953 dan merupakan anak sulung daripada empat adik beradik. Beliau mempunyai dua orang anak perempuan, Nadiah dan Nadene.

Beliau menerima pendidikan di Sekolah Menengah Assunta dan mempunyai pengalaman luas dalam bidang pentadbiran dan perhotelan, serta pernah bertugas sebagai pengelola kediaman rasmi Timbalan Perdana Menteri dan pengurus Kompleks Seri Perdana.

Abdullah, 67, menjadi duda setelah isterinya, Datin Seri Endon Mahmood, meninggal dunia pada 20 Okt, 2005 akibat kanser payudara.

Mereka mempunyai seorang anak lelaki, Kamaluddin dan seorang anak perempuan, Nori. – Bernama

http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2007&dt=0606&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_01.htm

Tahniah Pak Lah :D