Archive for September, 2007

Salah Faham Ketika Puasa

17 September, 2007

Tertarik dengan artikel yang dipaparkan oleh hmetro online :

Puasa

  • Makan dan minum dengan bebas selepas batal puasa dengan sengaja (bukan kerana uzur yang diterima Islam). Perlu diketahui bahawa sesiapa yang batal puasanya dengan sengaja tanpa uzur seperti mengeluarkan mani secara sengaja, merokok, makan dan minum, dia dilarang makan dan minum lagi atau melakukan apa juga perkara yang membatalkan puasa yang lain sepanjang hari itu. (Fiqh As-Siyam, Al-Qaradawi, hlm 112).Ia dikira denda yang pertama baginya, selain kewajipan menggantikannya kemudian. Keadaan ini disebut di dalam hadis: “Sesungguhnya sesiapa yang makan (batal puasa) hendaklah ia berpuasa baki waktu harinya itu.” (Riwayat al-Bukhari)
  • Makan sahur pada waktu tengah malam kerana malas bangun pada akhir malam. Jelasnya, individu yang melakukan amalan ini terhalang daripada mendapat keberkatan dan kelebihan yang ditawarkan oleh Nabi SAW, malah bercanggah dengan sunnah baginda.“Sahur’ itu sendiri daripada sudut bahasa adalah waktu terakhir pada hujung malam. Ulama pula menyebut waktunya adalah satu perenam (1/6) terakhir malam. (Awnul Ma’bud, 6/469)Imam Ibn Hajar menegaskan, melewatkan sahur lebih mampu mencapai objektif yang diletakkan oleh Nabi SAW. (Fath al-Bari, 4/138)
  • Bersahur dengan hanya makan dan minum saja tanpa ibadah lain. Ini satu lagi kesilapan umat Islam kini, waktu berkenaan pada hakikatnya antara waktu terbaik untuk beristigfar dan menunaikan solat malam.Firman Allah ketika memuji orang Mukmin, ertinya: “Dan ketika waktu-waktu bersahur itu mereka meminta ampun dan beristighfar.” (Az-Zariyyat: 18)
  • Baca lagi >>

    1st Day Puasa

    13 September, 2007

    puasa

    Assalamualaikum, dan apa khabar semua.

    Selamat berpuasa kepada mereka yang berpuasa, kepada mereka yang tidak berpuasa dapatlah kiranya kalau tidak makan atau minum dihadapan orang yang berpuasa.

    Sila berlaku jujur kepada diri sendiri dengan tidak melakukan perkara2 yang membatalkan puasa. Dan bagi yang sudah berkahwin sila menjaga diri sebaiknya.

    Sedikit tazkirah dari saya :

    Puasa ertinya menahan diri, dan pada syarak maksudnya menahan diri daripada segala yang membatalkan puasa, mulai dari masa terbit fajar hingga tenggelam matahari disertakan dengan niat.

    Kelebihan puasa :

    • Allah swt mengutamakan bulan Ramadan dari bulan-bulan yang lain. Diberi kelebihan pada segala amal kebajikan yang diusahakan seorang Muslim di dalamnya.
    • Sabda Nabi Muhammad saw di dalam sebuah hadis yang bermaksud: “Telah datang kepada kamu bulan Ramadan, yang penuh berkat, Allah memberi perlindungan kepada kamu menurunkan rahmatNya, membersih-kan dosa-dosa, mengkabulkan doa, Ia (Allah) akan memberikan perhatian yang sungguh-sungguh kepada segala kebajikan kamu dan para malaikat mengalu-alukan kamu; maka per-lihatkanlah kepada segala perkara yang baik-baik. Sesungguhnya orang yang jahat itu yang diharamkan oleh Allah daripada mendapat rahmatNya.”

    Niat Berpuasa :

    Ini lafaz niat puasa qadha daripada bulan Ramadhan serta sunnat Syawwal

    نويت صوم غد عن قضاء رمضان مع ستة شوال

    (Nawaitu shawma ghodin ‘an qadho-i Ramadhana ma`a sittati Syawwal)
    Sahaja aku puasa esok hari daripada qadha Ramadhan serta 6 Syawwal

     

    Sekian tazkirah saya buat kali ini bersambung pada waktu seterusnya. Selamat berbuka puasa di bulan ramadan.

     

     

    Jadual Berbuka 2007 Ramadan 1428

    12 September, 2007

    Esok puasa

    KUALA LUMPUR 11 Sept. — Umat Islam di Malaysia akan mula berpuasa pada Khamis, 13 Sept, demikian diumumkan Penyimpan Mohor Besar Raja-raja, Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah menerusi siaran radio dan televisyen malam ini.

    Pengisytiharan tarikh itu telah diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin.

    Majlis Raja-raja telah mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh permulaan puasa adalah berdasarkan rukyah dan hisab. -Bernama

    Baca lagi >>

     

    Waktu Imsak Dan Berbuka Puasa Negeri-Negeri Seluruh Malaysia
    Tahun 1428H/2007M

    Selangor


    Untuk kawasan yang berbeza sila rujuk disini

    http://www.islam.gov.my/portal/puasa.php

    http://www.bharian.com.my/Misc/RamadanAlMubarak/Puasa/jadualdaybyday/01ramadan