Assalamualaikum, dan apa khabar semua.
Selamat berpuasa kepada mereka yang berpuasa, kepada mereka yang tidak berpuasa dapatlah kiranya kalau tidak makan atau minum dihadapan orang yang berpuasa.
Sila berlaku jujur kepada diri sendiri dengan tidak melakukan perkara2 yang membatalkan puasa. Dan bagi yang sudah berkahwin sila menjaga diri sebaiknya.
Sedikit tazkirah dari saya :
Puasa ertinya menahan diri, dan pada syarak maksudnya menahan diri daripada segala yang membatalkan puasa, mulai dari masa terbit fajar hingga tenggelam matahari disertakan dengan niat.
Kelebihan puasa :
- Allah swt mengutamakan bulan Ramadan dari bulan-bulan yang lain. Diberi kelebihan pada segala amal kebajikan yang diusahakan seorang Muslim di dalamnya.
- Sabda Nabi Muhammad saw di dalam sebuah hadis yang bermaksud: “Telah datang kepada kamu bulan Ramadan, yang penuh berkat, Allah memberi perlindungan kepada kamu menurunkan rahmatNya, membersih-kan dosa-dosa, mengkabulkan doa, Ia (Allah) akan memberikan perhatian yang sungguh-sungguh kepada segala kebajikan kamu dan para malaikat mengalu-alukan kamu; maka per-lihatkanlah kepada segala perkara yang baik-baik. Sesungguhnya orang yang jahat itu yang diharamkan oleh Allah daripada mendapat rahmatNya.”
Niat Berpuasa :
Ini lafaz niat puasa qadha daripada bulan Ramadhan serta sunnat Syawwal
نويت صوم غد عن قضاء رمضان مع ستة شوال
(Nawaitu shawma ghodin ‘an qadho-i Ramadhana ma`a sittati Syawwal)
Sahaja aku puasa esok hari daripada qadha Ramadhan serta 6 Syawwal
Sekian tazkirah saya buat kali ini bersambung pada waktu seterusnya. Selamat berbuka puasa di bulan ramadan.
