Salah Faham Ketika Puasa
By norfaizn
Tertarik dengan artikel yang dipaparkan oleh hmetro online :

|
Makan dan minum dengan bebas selepas batal puasa dengan sengaja (bukan kerana uzur yang diterima Islam). Perlu diketahui bahawa sesiapa yang batal puasanya dengan sengaja tanpa uzur seperti mengeluarkan mani secara sengaja, merokok, makan dan minum, dia dilarang makan dan minum lagi atau melakukan apa juga perkara yang membatalkan puasa yang lain sepanjang hari itu. (Fiqh As-Siyam, Al-Qaradawi, hlm 112).Ia dikira denda yang pertama baginya, selain kewajipan menggantikannya kemudian. Keadaan ini disebut di dalam hadis: “Sesungguhnya sesiapa yang makan (batal puasa) hendaklah ia berpuasa baki waktu harinya itu.” (Riwayat al-Bukhari)
Makan sahur pada waktu tengah malam kerana malas bangun pada akhir malam. Jelasnya, individu yang melakukan amalan ini terhalang daripada mendapat keberkatan dan kelebihan yang ditawarkan oleh Nabi SAW, malah bercanggah dengan sunnah baginda.“Sahur’ itu sendiri daripada sudut bahasa adalah waktu terakhir pada hujung malam. Ulama pula menyebut waktunya adalah satu perenam (1/6) terakhir malam. (Awnul Ma’bud, 6/469)Imam Ibn Hajar menegaskan, melewatkan sahur lebih mampu mencapai objektif yang diletakkan oleh Nabi SAW. (Fath al-Bari, 4/138)
Bersahur dengan hanya makan dan minum saja tanpa ibadah lain. Ini satu lagi kesilapan umat Islam kini, waktu berkenaan pada hakikatnya antara waktu terbaik untuk beristigfar dan menunaikan solat malam.Firman Allah ketika memuji orang Mukmin, ertinya: “Dan ketika waktu-waktu bersahur itu mereka meminta ampun dan beristighfar.” (Az-Zariyyat: 18)
|
Baca lagi >>
This entry was posted on 17 September, 2007 at 1:41 pm and is filed under Ramadan. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed.
You can leave a response, or trackback from your own site.