
MOSCOW: Harapan England untuk melayakkan diri ke pusingan akhir Euro 2008 terjejas selepas skuad kendalian Steve McClaren itu tumbang 2-1 kepada Russia, awal pagi tadi.
Walaupun mendahului melalui rembatan voli kencang Wayne Rooney pada minit ke-29, England rebah selepas babak kedua apabila pemain gantian, Roman Pavlyuchenko menjaringkan dua gol dalam masa empat minit pada aksi menarik di Stadium Luzhniki, Moscow.
England kini hanya kelebihan dua mata mengatasi Russia dalam saingan Kumpulan E tetapi pasukan Guus Hiddink itu masih mempunyai baki satu perlawanan.
Peluang Russia layak lebih cerah berbanding England jika mereka menang dua perlawanan terakhir menentang Israel pada 17 November depan dan Andorra empat hari kemudian di tempat lawan.