Faiz : Guide for simple life

By norfaizn

Salam semua untuk kehidupan sederhana ,lama sudah tidak memblog nie rasanya ini adalah masa sesuai untuk kembali. Dan dalam masa yang sama ada satu misi dalam hidup secara sederhana. Hermmm agaknya ada ke program online yang boleh menjana pendapatan sekurang-kurangnya mampu menjana pendapatan RM300 ? Dan banyak diantara kita mencari kerja separuh masa bagi memenuhi keperluan perbelanjaan seharian.

Yelah side income sekurangnya mampu memberi tambahan ongkos buat belanja seharian kira wang tambah2 lah kan. Dalam mencari-cari program yang boleh menambahkan pendapatan, saya ada terbaca dalam menambahkan pendapatan kita juga perlulah berjimat dalam menjamin hidup yang selesa dan tak pening kepala bila hujung bulan.

Berapakah jumlah wang yang boleh anda jimat dalam sebulan? Adakah anda rasa anda seorang yang berjimat?

Dan setelah saya melihat orang lain berjimat maka saya boleh dikategorikan sebagai seorang yang sangat boros.  Boros dari segi pengurusan kewangan dan hal ini disedari saya sejak akhir2 ini yang mana jumlah wang kecemasan adalah amat sedikit .  Namun dengan ini saya cuba ingin membuat satu misi untuk diri saya sendiri dalam berjimat.

Langkah hari pertama:

Penjimatan berperingkat dalam pengurusan sumber kewangan.

Mengurangkan penggunaan elektrik dan air.

  • Pada waktu siang tidak akan membuka kipas semasa menggunakan komputer untuk melayari internet dan sebagainya.
  • Pada waktu malam akan menutup lampu sekiranya menggunakan komputer.
  • Charge laptop dan handphone di opis.
  • Tutup perkakasan elektrik yang tidak digunakan.
  • Basuh baju seminggu sekali dan kurang menggunakan mesin basuh (* kering secara semulajadi)
  • Gosok baju dalam kuantiti yang banyak.

Rasanya untuk langkah yang pertama tak perlulah tergesa-gesa kerana perjalanan masih jauh. Biarlah tak banyak nak difokuskan. Dalam sambil menulis blog nie, saya mendengar lagu dari Gita Gutawa – Jalan lurus.

Gita Gutawa – Jalan lurus

jalan lurus sepuluh yang mesti ditempuh
yang pertama bahwa Allah maha esa
yang kedua Muhammad rasul kita
yang ketiga cinta ibu cinta ayah kita
yang keempat cinta guru-guru kita
yang kelima cinta tanah air kita
diri kita memancarkan cahya cinta
semoga Allah membimbing kita semua
jalan lurus sepuluh yang mesti ditempuh
yang keenam shalat mari ditegakkan
yang ketujuh Quran baca diartikan
yang delapan sedekah jangan terbawa
yang sembilan puasa penuh keikhlasan
yang sepuluh senyum sopan senantiasa
keramahan perilaku diri kita
semoga Allah membimbing kita semua

Lagunya boleh tahan, penyanyinya pun boleh tahan.

Leave a Reply

You must be logged in to post a comment.