
BIARPUN perbezaan usia 10 tahun, namun angka hanyalah sesuatu yang subjektif. Lebih penting di dalam melayari bahtera rumah tangga adalah keikhlasan, kesetiaan dan kasih sayang.

BIARPUN perbezaan usia 10 tahun, namun angka hanyalah sesuatu yang subjektif. Lebih penting di dalam melayari bahtera rumah tangga adalah keikhlasan, kesetiaan dan kasih sayang.

AMBIL IKTIBAR WAHAI ORANG YANG MEMPUNYAI PENGLIHATAN ! GAMBAR INI DIRAKAM SECARA TIDAK SENGAJA OLEH NASA. TERDAPAT OBJEK DILANGIT YG PECAH… DLM BEBERAPA BULAN YG LEPAS DALAM AKHBAR AL-AHRAM DAN LAMAN WEB NASA IANYA MENJADI BUKTI DALIL KEBENARAN ISLAM., ALANGKAH BENARNYA ALLAH S.W.T BERFIRMAN;
“SELAIN ITU SESUNGGUHNYA (NGERI) TATKALA LANGIT PECAH-BELAH LALU… MENJADILAH MAWAR MERAH, BERKILAT SEPERTI MINYAK”
*** AYAT INI MENGGAMBARKAN KEHANCURAN ALAM LANGIT KETIKA HAMPIR KIAMAT BERINGATLAH DAN JANGAN ALPA KEPADA KEDUNIAAN,PERBANYAKKAN KEBAJIKAN DUNIA DAN AKHIRAT, DUNIA KIAN HAMPIR KE AKHIR ZAMAN….
credits: http://izzat-faceless.blogspot.com/
Hmetro muka depan web memaparkan kisah gigolo ” bergerak” (teksi). Dengan berbekalkan janji manis bukan sahaja mampu membuat mangsa menyerahkan harta benda tapi turut meniduri mangsa.
Dato’ Mokhtar Dahari ( 13 November 1953 – 11 Julai 1991) adalah legenda pemain bola sepak kebangsaan Malaysia dari Selangor. Beliau telah diberi gelaran SuperMokh kerana keberaniannya menjaringkan banyak gol sepanjang kariernya. Dia mewakili Malaysia dari 1972 hinggalah 1985.
Allahyarham Mokhtar Dahari yang masih dikenang sehingga ke hari ini walaupun hayatnya sudah bersemadi hampir 15 tahun lalu.
Biarpun ramai generasi muda masa kini tidak mengenali dengan dekat bintang negara itu, tapi hampir semua pasti pernah mendengar namanya – pemain dengan bakat semulajadi yang mengangkat imej Malaysia setaraf dengan jaguh bola sepak dunia. Paling ketara Pestabola Merdeka yang menjadi gelanggang dia mempamer taring dan kehebatannya.
Pada usia 23 tahun, Mokhtar atau lebih terkenal dengan jolokan SuperMokh diiktiraf Majalah World Star Soccer sebagai penyerang terbaik Asia dan ketika itu jugalah dia dinobatkan Olahragawan Kebangsaan 1976.
|
||||||
Kelebihan dimiliki ‘Supermokh’ banyak dengan sepakan deras bak peluru menjadi elemen penting hinggakan tiga jari mendiang R Arumungam, bekas penjaga gol negara pernah patah ketika cuba menampannya. Itu belum dikira bijaknya penyerang ternama negara itu membaca gerakan lawan dan meloloskan diri.
Dengan 167 kaps antarabangsa, dia berjaya meletakkan Malaysia di kedudukan tertinggi pentas bola sepak Asia seterusnya mampu membuka mata dunia hingga kuasa bola sepak dunia. Skuad England B bimbingan Bobby Robson turut merasa bahangnya selepas diikat skuad negara 1-1 hasil jaringan menakjubkan Mokhtar.
Walaupun kelibat pemain istimewa seperti Mokhtar yang tiada galang gantinya sehingga kini sudah lama meninggalkan kita, bayangan kehebatannya tidak pernah padam apatah lagi apabila mengingati susah payah anak kelahiran Setapak, Kuala Lumpur itu mencipta nama walaupun dia memang sudah memiliki kurniaan yang tiada pada orang lain.
Mokhtar sangat gigih ketika latihan, sejak di bangku sekolah lagi dia yang menuntut di Victoria Institution tidak pernah jemu berlatih sehingga namanya sudah sebati dengan di skuad kebangsaan pun dia masih sama apabila terus mengawal bola sambil menggelecek tiang-tiang kecil sebelum melepaskan tendangan kencang ke gawang yang kosong untuk menajamkan kuasa pemusnah yang ada pada dirinya.
Malah dia tidak suka diganggu ketika latihan apatah lagi mengaitkan kemasyhuran dirinya di padang dengan kehidupan peribadi hingga menjadikan dia idola paling diminati.
Apapun kehilangan permata paling berharga bola sepak negara itu tidak seharusnya ditangisi sampai bila-bila dan generasi sekarang sepatutnya cuba menjadikannya sebagai motivasi meningkatkan diri supaya bola sepak negara kembali segar seperti sebelumnya.
Semoga apa yang dicoretkan disini mungkin merintis pemain-pemain terhebat negara bagi menggalas tugas skuad negara yang semakin lesu dah lemah sehingga menjadi belasahan pemain luar. Mungkin ramai pemain lagi yang berbakat cuma bakat-bakat mereka tidak dapat digilap seperti Allahyarham Mokhtar Dahari. Semoga Malaysia terhindar dari badi no 5 pada piala Asia akan datang…
Video pengubat luka : Mokhtar Dahari
Assalamualaikum. ..
Baru sahaja menerima e-mal yang di-forwardkan jadi adalah baik sekiranya dapat berkongsi perkara yang baik bersama dengan anda.
Selamat membaca.. semoga sihat2 hendaknya.. tak
lama pun lagi kita akan dikunjungi Ramadhan Al
Mubarak… Semoga Bulan Seribu Bulan akan membawa keinsafan dan meningkatkan keimanan kita sebagai umat Islam.
Hairan kan?? kadang2 kita tak terperasankan pun:-
Lazimnya…
1) Dari bujang-kahwin No 1 —- no.2 —– dan lain 4.
2) Dari pakai moto kap — kancil-wira — Honda —-
seterusnye..
3) Badminton —– Golf —-
4) Rumah sewa—- rumah murah —rumah teres —
banglow…
5) Technician —-supervisor —– engineer —
manager…
6) Tv 14′ — 21″ — 29″ —- Home theather —HD TV
7) Kg Bukit Mambai — Kuala Lumpur — Langkawi —-
Hadnyai — Bangkok ..
Dalam semua segi kita mahukan perubahan ke arah yang
lebih baik dan glamour…
9) Memancing kat parit /longkang —- sungai — kolam (bayar punye)—-
laut dalam (sewa bot mewah)…… Kalong
TETAPI… yang seharusnya kita perasan atau ambil tahu
dengan penuh kesungguhan kita just ketepikan..
KITA JUGA LUPA…
SEMAKIN BANYAK KITA KECAPI KEJAYAAN, SEMAKIN HAMPIRLAH
SAAT KEMATIAN KITA….
Kita dok sibuk dengan loan sana .. loan sini.. utk
rumah utk kereka utk kredit whatsoever.. tapi kita
semakin lupa.. DITAKUTI SEMAKIN BERJAYA, KITA SEMAKIN
LUPA, SEMUA YANG KITA DAPAT ADALAH PEMBERIAN
TUHAN…”ON LOAN”… ya hutang kita dengan allah..
SETIAP KALI KITA BUAT ACTION PLAN ATAU BUAT REVISION,
BERAPA BANYAKKAH KITA MASUKKAN ITEM-ITEM YANG MEMBAWA
KEARAH “PERSEDIAAN UNTUK MATI”
Umpamanya:
1) Tak sembahyang —- pastikan sembahyang– -jadikan
amalan….
2) Banyak maksiat —– kurangkan —– hapuskan…
3) Bangi —- madinah —- mekah—
4) Sedekah RM1.00 —- RM10.00 — RM100.00/
5) sembahyang dirumah — sembahyang di surau/mesjid.
…
6) 5 jam sehari menonton TV —– 3 jam TV & 2 jam
majlis ILMU….
7) 3 jam baca suratkabar/majallah /internet —– 2
jam majallah/surat
khabar/internet & 1 jam membaca AL QURAN /selawat ,
zikir.
Apa apa aktiviti yang hasilnya adalah untuk
AKHIRAT.
Tetapi apa yang banyak berlaku pada ZAMAN AKHIR ini
ialah PERSONAL improvement banyak kepada kearah
KEDUNIAAN SEMATA. Perkara berkaitan AKHIRAT slowly di
ketepikan… .
Contohnya:
Kalau dulu rajin dan tak tinggal 5 waktu, tetapi
beransur-ansur. …….
Kalau dulu tak kenal DANGDUT/KARAOKE. .. bila tuhan
beri kenaikan pangkat & gaji lebih benda seperti ni
dah jadi biasa… Macam macam lagi yang kita
pun sedia maklum dan tahu… malah berlaku dikalangan
ahli keluarga kita, jiran, rakan-rakan, DLL. Jadi
samalah kita membuat BALANCE ACTION PLAN,
BALANCE OBJECTIVE & TARGET dan BALANCE IMPROVEMENT.
Tuhan beri semua makhluk didunia ini 24 jam sehari,
tiadalah seorang pun yang mendapat kurang atau lebih
barang sesaat pun… Tuhan juga memberi kita peluang
untuk menggunakan masa yang ada untuk di manafaatkan.
..
dengan sebaik mungkin.. Tuhan hanya mahu kita beramal
demi untuk mendapat balasan Syurga untuk selamanya…
infiniti…
Semoga tuhan terus memberi kita petunjuk dan hidayah
untuk kita berjaya di dunia dan akhirat.
1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.
2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus .
3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga
Illiyyina.
4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung
disyurga mengikut kehendak mereka.
5. Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung
diudara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari
kiamat.
6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di
gunung dari minyak misik.
7. Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka
Sijjin, mereka diseksa berserta jasadnya hingga sampai
hari Kiamat.”
Telah bersabda Rasullullah S.A.W:
“Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya
oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari
kuburnya:-
1. Orang-orang yang mati syahid.
2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam
bulan ramadhan.
3.Orang berpuasa di hari Arafah.”
Sekian untuk ingatan kita bersama.
Wassallam.
Awak mengetahui yang awak merindui seseorang apabila jantung awak
berdegup pantas ketika teringatkan dia. Walaupun sekadar ‘hai?
daripada dia pun sudah mencukupi sebagai penenang. Awak mungkin
menaruh hati padanya, cuma awak tidak mahu menerimanya sebagai
kenyataan.
Jangan terlalu baik, saya akan merindui awak. Jangan terlalu
mengambil berat, saya mungkin menyukai awak. Jangan jadi
terlalu ’sweet? saya mungkin jatuh hati kepada awak. Seseorang yang
membuatkan awak jatuh hati padanya sebenarnya menyayangi awak lebih
daripada awak menyayangi dia.
Jika seseorang yang hadir dalam hidup kamu dan menjadi sebahagian
daripada hidup kamu, tetapi atas sebab-sebab tertentu dia terpaksa
pergi, jangan terlalu sedih…terimalah kenyataan itu dan sekurang-
kurannya dia pernah membahagiakan kamu. Masa akan menentukan segala-
galanya. Jika dia ditakdirkan bersama kamu, dia akan kembali.
Kembali pada kamu.
Penyesalan terbesar dalam hidup ialah apabila risiko yang tidak
kita ambil. Jika anda merasakan sesuatu itu tidak akan membuatkan
anda bahagia, maka teruskan. Ingatlah bahawa kita akan melalui
semua ini hanya sekali, mungkin tiada peluang kedua. Bererti masa
tidak menunggu kita. Jika anda merasakan anda telah bertemu dengan
orang yang sesuai, maka hargailah dia, jangan biarkan is berlalu
begitu sahaja. Jangan tertangguh kerana takut kelak jika dibiarkan
berlalu maka anda akan menyesal sebgitu sahaja.
Tiada sesiapa pun yang simpati kepada orang yang sengaja membiarkan
peluang pergi begitu sahaja tanpa berusaha untuk mendapatkannya
atau mempertahankan. Kita selalunya tidak menghargai seseorang yang
hampir atau menyayangi kita sehingga dia pergi meninggalkan kita.
Terdapat bintang di langit tetapi hanya satu sahaja yang begitu
menyerlah sehingga dapat menarik perhatian anda. Dari kalangan yang
anda pilih untuk diabaikan ialah sebutir bintang yang sanggup
menyinari anda walau di mana anda berada. Ini bermakna orang yang
bersama anda ketika ini mungkin bukanlah orang yang benar-benar
anda sayangi dan pada masa yang lain ada orang yang tahu dia tidak
bersama kamu ketika ini tetapi masih menyayangi kamu sepenuh
hatinya.
Adalah lebih baik untuk berani mencintai walaupun akhirnya anda
akan kecewa daripada tidak mahu mencintai kerana takut risiko atau
cabaran yang bakal mendatang. Jangan putus asa apabila terdapat
saingan dalam percintaan. Adalah lebih baik untuk anda mencubanya,
anda mungkin akan kehilangan orang yang anda sayangi selamanya.
Jangan takut untuk meluahkan isi hati anda kepda orang yang anda
sayangi dan cintai. Beritahu mereka dan biarkan mereka buat
keputusan di pihak mereka. Salah satu perkara yang paling indah
Dalam hidup ialah memberitahu kepada orang yang anda sayangi betapa
penting dan istimewanya mereka kepada anda. Anda akan rasa lebih
yakin dan puas. Malah, anda juga kan rasa bangga terhadap diri anda
kerana telah menunaikan tanggungjawab anda terhadap perasaan dan
hati anda. Jangan sesekali mengkhianati hati anda kerana akibatnya
hanya anda yang sengsara, bukan orang lain.
Salah satu cabaran yang paling sukar dalam hidup ialah mencari
orang yang tahu segala kelemahan dan kekurangan diri anda, tetapi
dia masih sanggup menyayangi anda dengan sepenuh hatinya. Cinta itu
adalah berasakan tolak ansur dan pengorbanan. Jika dia tahu
kelemahan dan kekurangan anda dan masih sanggup bersama anda dan
lebih menyayangi anda, maka anda adalah orang yang paling bertuah
kerana ada seseorang yang mencintai anda seadanya anda. Mencintai
dan dicintai perlukan keberanian. Keberanian untuk terus
mengekalkan rasa cintai itu. Seterusnya diikuti dengan perasaan
keikhlasan untuk menerima orang yang kita cintai seada mereka
walaupun dari hari ke sehari manusia sentiasa berubah
![]() |
| JEANNE ABDULLAH (Foto ihsan Jabatan Perdana Menteri/Bernama). |
PUTRAJAYA 6 Jun — Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi akan melangsungkan perkahwinan dengan Jeanne Abdullah, 53, pada Sabtu ini, demikian diumumkan oleh Pejabat Perdana Menteri hari ini.
Majlis akad nikah hari itu akan dilangsungkan di kediaman rasmi Perdana Menteri di Seri Perdana di sini dan akan dihadiri oleh keluarga terdekat sahaja, menurut kenyataan berkenaan.
Jeanne dilahirkan di Kuala Lumpur pada 29 Julai 1953 dan merupakan anak sulung daripada empat adik beradik. Beliau mempunyai dua orang anak perempuan, Nadiah dan Nadene.
Beliau menerima pendidikan di Sekolah Menengah Assunta dan mempunyai pengalaman luas dalam bidang pentadbiran dan perhotelan, serta pernah bertugas sebagai pengelola kediaman rasmi Timbalan Perdana Menteri dan pengurus Kompleks Seri Perdana.
Abdullah, 67, menjadi duda setelah isterinya, Datin Seri Endon Mahmood, meninggal dunia pada 20 Okt, 2005 akibat kanser payudara.
Mereka mempunyai seorang anak lelaki, Kamaluddin dan seorang anak perempuan, Nori. – Bernama
http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2007&dt=0606&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_01.htm
Tahniah Pak Lah
Rasanya betul ejaan nie. Kalau korang yang belum lagi berkesempatan berkunjung dan melihat dengan sendiri anak pertama En Kahairi.Video diatas adalah sebahagian yang dapat dirakamkan. Kurang seminggu kelahiran baby girl nie. Kalau tak silap saya bersalinnya pada minggu lepas. Kami ( saya bersama En Syed Shahril ) berkunjung ke rumah Mak Kahairi di Pangsapuri Damai di Bandar Sunway kira-kira pukul 9.00 mlm.
Berlaku sedikit kekeliruan yang mana sepatutnya kami menaiki lif sehingga ke tingkat 8, tetapi dengan sebab kesilapan teknikal atau kami yang kurang peka. Kami terpaksa menuruni anak tangga dari tingkat 17. Hehehehe bersenam pun lah kan malam2 anak * toby punya pasal kami tempuh gak
.
Sessi *menilik bayi , rupanya dah ramai saudara beliau yang telah berkunjung disertai dengan kunjungan jiran2 terdekat. Almaklumlah anak pertama. Saya ingin merakamkan ucapan tahniah buat En Kahairi dan Puan Ummi yang telah dikurniakan seorang puteri yang sangat comel lagi cute. Lepas ni mungkin Syed Shahril pula akan menyusul selepas a.k.a perakman. Huhuhuhu.
Buat Mak Kahairi ( Puan Soom ) tahniah sebab dah dapat pangkat nenek.Lepas nie bertambah gamatlah rumah tue yek . Kene suruh *toby menghasilkan ramai bala tentera ( team futsal pula )
Sessi kami berakhir pada pukul 10 mlm. Sebabnya kan baby dah tido, so takleh nak main2 bapak baby dan mak baby pun dah penat. So beransurlah balik. Kepada mereka yang belum tengok, saksikanlah sendiri. Lagi 20 tahun bayi nie sure muda jelita
Jambang, adek ipin , toby menunggu anda… jangan lupa beli minibike untuk baby toby
*toby = gelaran untuk En Kahairi dikalangan pelajar aim ramai cakap dia seiras toby mcguirre ( Hero, spiderman tue )
* menilik = bahasa kampungan kalau tengok bayi yang baru lahir =syaratnya kene bawak hadiah dan sedikit salam kaut.
Title: Ada Cinta
Album: OST Love Is Cinta
Artist: Acha & Irwansyah
Genre: jiwang karatz
ucapkanlah kasih satu kata yg ku nantikan
sebab ku tak mampu membaca matamu
mendengar bisikmu
nyanyikanlah kasih senandung kata hatimu
sebab ku tak sanggup mengartikan getar ini
sebab ku meragu pada dirimu
reff:
mengapa berat ungkapkan cinta
padahal ia ada
dalam rinai hujan
dalam terang bulan
juga dalam sedu sedan
mengapa sulit mengaku cinta
padahal ia terasa
dalam rindu dendam
hening malam
cinta terasa ada
nyanyikanlah kasih senandung kata hatimu
sebab ku tak sanggup mengartikan getar ini
sebab ku meragu pada dirimu
repeat reff

1. Semua orang ada jodoh atau pasangan yang menanti dan biasanya ia berada tidak jauh dari anda. Jarang orang bertemu dengan jodoh yang berada jauh darinya.
2. Jodoh itu ketentuan Allah dan kita wajib berusaha. Doa, usaha yang betul dan bersungguh-sungguh disertai dengan tawakkal, insyallah akan menemukan anda dengan pasangan anda.
3. Ramai orang masih belum bertemu jodoh kerana mudah patah semangat. Teruskan usaha sehingga anda bertemu jodoh.
4. Seimbangkan hidup anda dengan sempurna agar diri anda jadi seperti “magnet” yang menarik bakal pasangan anda kepada anda.
5. Daya tarikan yang sebenar berpusat di hati yang murni. Berusahalah untuk mencuci hati anda daripada semua perasaan yang negatif terhadap semua orang di dunia ini.
6. Agar mudah orang sayang, cuci hati dengan jaga ibadah, solat taubat, beristighfar, baca Al-Quran, maafkan orang lain, meminta maaf, bersedekah dan berfikiran positif.
7. Sayangi semua orang di sekitar anda dan anda akan menarik sayang terhadap anda. Jika anda membenci orang, ditakuti bakal pasangan anda akan membenci anda.
8. Orang yang sedang mencari pasangan harus sentiasa bersedia untuk bertemu dengan pasangannya pada bila-bila masa. Justeru, kita perlu sentiasa dalam keadaan yang paling menarik setiap masa. Tanggapan pertama adalah yang terpenting.
9. Untuk lelaki, tarikan pertama ialah pakaiannya. Untuk perempuan, wajah dan bentuk badan menjadi tarikan pertama. Sediakan diri untuk menawan bakal pasangan anda.
10. Buka hati dan minda anda untuk menerima cinta. Cinta boleh berputik pada bila-bila masa. Cinta mudah datang kepada mereka yang sentiasa bersedia untuk menerima cinta.
11. Cinta datang melalui mata lalu turun ke hati. Justeru, perhebatkan hubungan mata secara memandang bakal pasangan dengan penuh kasih sayang.
12. Kita boleh berkomunikasi melalui fikiran. Hantarlah kasih sayang dan hasrat murni anda terhadap pasangan dengan gelombang fikiran ini secara berterusan hingga berjaya.
13. Ramai yang terlepas peluang dan patah hati sebab lewat menyatakan hasrat kepada bakal pasangan. Perkara yang baik disegerakan (iaitu menyatakan perasaan anda kepada bakal pasangan).
14. Tidak salah untuk orang perempuan memulakan usaha untuk berkenalan. Orang lelaki akan sentiasa merasakan mereka yang memulakan perkenalan walaupun sebenarnya orang perempuan yang mulakan.
15. Berkomunikasi dengan mesra dan bersemangat menggunakan lidah, mata, hati dan bahasa badan. Elakkan bercakap sambil lewa atau kurang sopan terhadap bakal pasangan.
16. Berbual dengan pasangan mengenai apa yang dia suka. Beri tumpuan kepada minat dan perasaannya. Elakkan sibuk memberi tumpuan kepada diri sendiri.
17. Layan bakal pasangan dengan mesra seperti kawan lama walaupun baru berkenalan. Bentuk suasana keintiman dengan segera agar bakal pasangan rasa selesa.
18. Makin mudah kita menceritakan hal peribadi yang munasabah kepada bakal pasangan, semakin mudah dia menceritakan hal dirinya kepada kita.
19. Berdoa dan latih diri agar kita pandai mendampingi orang lain dan seronok untuk didampingi oleh orang lain. Buang perangai yang menyebabkan orang benci kepada kita.
20. Beri sayang untuk mendapat sayang. Orang yang masih ada perasaan benci terhadap sebarang orang boleh menyebabkan bakal pasangan benci atau tidak tertarik kepada kita. Justeru buang semua benci.
21. Untuk wanita, jangan jual mahal terhadap bakal pasangan. Tetapi, nyatakan dengan hikmah kepadanya yang anda amat sukar untuk berkenalan dengan lelaki lain.
22. Kebanyakan lelaki mudah tertarik kepada perempuan yang simple, tidak materialistik, mudah berterima kasih dan redha dengan setiap pemberian lelaki tersebut.
23. Orang perempuan mudah tertarik kepada lelaki yang memberi perhatian, penghargaan dan penghormatan kepada mereka. Justeru, orang lelaki janganlah terlalu jimat atau kedekut.
24. Orang lelaki perlu belajar mengenal kerenah orang perempuan. perasaan, pemikiran, kehendak, keperluan, kesukaan dan kebenciannya.
25. Elakkan memberi tumpuan kepada kelemahan dan kesilapan kecil yang ada pada bakal pasangan. Jangan sesekali mengutuk atau memalukan bakal pasangan.
26. Senyuman ikhlas, wajah yang menawan dan bahasa badan yang penuh kemesraan akan menambat lelaki terhadap wanita.
27. Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang ada persamaan dan ada perbezaan sifat, tindakan dan minat. Terlalu banyak persamaan membosankan. Banyak sangat perbezaan menyesakkan.
28. Orang mudah tertarik kepada bakal pasangan yang ada sikap dan sifat yang saling mengimbangi dan melengkapkan sikap dan sifatnya.
29. Walaupun belum kenal rapat dengan bakal pasangan, nyatakan yang anda sering merasa atau berfikir seperti yang dia rasa atau fikir. Keserasian adalah tarikan.
30. Perempuan membentuk hubungan dengan berbual dan bercakap. Lelaki bentuk hubungan dengan melakukan sesuatu kegiatan secara bersama.
31. Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang mempunyai persamaan daripada berbagai segi seperti kefahaman politik, aktiviti keagamaan, sikap terhadap harta, wang dan hobi.
32. Dua orang yang amat banyak perbezaan boleh serasi antara satu sama lain jika mempunyai satu atau dua persamaan yang mendalam seperti suka kepada kucing, suka melancong atau suka ramai anak.
33. Tindakan yang serentak akan menarik bakal pasangan terhadap anda. Contohnya, serentak berpaling, serentak angkat gelas, serentak berdiri, serentak nak ke tandas.
34. Tawan hati bakal pasangan dengan pamerkan emosi yang sama terhadap sesuatu kejadian atau peristiwa – sama-sama gembira, sedih, terperanjat, benci, simpati dan sebagainya.
35. Dua insan mudah serasi jika mempunyai pentafsiran yang sama mengenai hubungan – tahap keakraban, kebebasan, kebergantungan, pemberian, pengorbanan dan sebagainya.
36. Kenalpasti ciri-ciri yang disukai oleh bakal pasangan anda. Bentuk ciri-ciri yang disukai oleh bakal pasangan anda. Bentuk ciri-ciri ini dalam diri anda dan pamerkan kepadanya yang anda mempunyai ciri-ciri tersebut.
37. Semua orang mencari cinta sejati tanpa syarat. Bakal pasangan anda akan tertarik kepada anda jika anda mengasihinya bukan kerana wajah, harta, keturunan atau glamornya.
38. Bakal pasangan akan tertawan kepada anda jika anda dapat bantu mengukuhkan imej dirinya, rangsang semangatnya dan pupuk keyakinan dirinya.
39. Keikhlasan amat penting dalam memuji atau memotivasi bakal pasangan. Jika kita didapati bohong, dia akan terus menjauhkan diri daripada kita.
40. Pujian yang berhikmah dan ikhlas bertindak sebagai magnet yang menarik anda kepada bakal pasangan. Pujian daripada kawan baru lebih bermakna dan berkesan berbanding pujian daripada kawan lama.
41. Ulang sebut perkataan, ayat atau slogan yang digemari bakal pasangan anda. Ini menyebabkan dia rasa istimewa dan dihargai dan akan tertawan kepada anda.
42. Kenalpasti keistimewaan bakal pasangan anda yang orang lain tidak nampak. Sampaikan kehebatan ini dengan bersemangat dan dia akan mudah tertawan kepada anda.
43. Untuk bakal pasangan yang popular dan sering dipuji , cari pujian yang original untuk menambat hatinya. Untuk orang yang tidak popular, sebarang pujian amat dialukan dan dihargai.
44. Beri penghargaan serta merta kepada setiap pencapaian atau kejayaan bakal pasangan. Ini membelai dan melembutkan hatinya terhadap anda.
45. Jika bakal pasangan memuji anda, pamerkan keseronokan anda dengan senyuman dan ucapan terima kasih dan bersyukur. Dia akan rasa dihargai.
46. Cari keunikan, kelucuan atau ‘kegilaan’ bakal pasangan anda. Nyatakan yang anda suka kepadanya sebab keunikan tersebut. Ini buat dia rasa istimewa.
47. Ramai pasangan sengsara bila isteri terlalu cantik atau suami terlalu handsome. Justeru, cari bakal pasangan yang setara dan sepadan dengan kita.
48. Orang yang merasa dirinya hodoh sukar untuk mendapat pasangan. Carilah kecantikan yang ada pada anda dan bentuk keyakinan diri. Hati yang suci dan keyakinan yang tinggi menyerlahkan kecantikan anda.
49. Wanita mudah tertawan kepada lelaki yang gentleman – bersopan santun, suka membantu, menghormati wanita, berani dan yakin diri.
50. Untuk jadi lebih menawan, berterusan belajar, perbaiki perangai dan peribadi, baiki kemahiran komunikasi, murnikan hati, pemaaf dan sentiasa bersangka baik.
51. Lelaki harus mempamerkan sifat kelelakiannya di samping memasukkan sifat perempuan dalam dirinya seperti lebih prihatin, memahami emosi , timbang rasa, dan gunakan gerak batin.
52. Perempuan harus mempamerkan sifat kewanitaan disamping menghayati sifat lelaki seperti minat dalam politik, sukan, memancing, dan aktiviti macho yang lain. Bertindak bijak tapi, jangan terlalu bijak.
53. Untuk menambat hati wanita, kerap bertanya tentang perasaannya, aktiviti yang dijalankannya, kegemarannya, kebenciannya atau sebarang perkara yang berkaitan dengan emosi.
54. Sebelum benar-benar rapat, orang perempuan harus elakkan diri dari bertanya bakal pasangan mengenai perasaannya mengenai sesuatu perkara, peristiwa atau situasi.
55. Orang lelaki amat pantang bila bakal pasangan menempelak atau menunjukkan kesilapan atau kebodohan lelaki tersebut. Ini cara terbaik memutuskan hubungan.
56. Orang perempuan mudah tertawan kepada lelaki yang boleh mengaku salah, meminta maaf, meminta bantuan, bertolak ansur, pandai mendengar, bersabar dan lemah lembut terhadap wanita.
57. Bila bercakap dengan lelaki, orang perempuan harus fokus kepada fakta dan sampaikan secara ringkas. Penjelasan yang berjela-jela dan memasukkan unsur perasaan akan membunuh minat lelaki terhadapnya.
58. Jika orang perempuan marah, pujuklah dengan kasih sayang. Tanya Kenapa dia marah, dengari dengan teliti dan jangan komen atau cuba beri nasihat. Orang perempuan mudah sayang pada lelaki yang pandai mendengar dan sensitif kepada perasaannya.
59. Jika lelaki marah, jangan sibuk nak tanya Kenapa dia marah. Pamerkan kasih sayang dan bentuk suasana yang tenang. Doakan dia dan beri masa untuk dia merawat dirinya sendiri.
60. Fahami bahawa orang lelaki bercakap secara terus terang, ringkas dan objektif. Orang perempuan sering bercakap secara berlapik, terperinci dan banyak yang tersirat.