Archive for the ‘Drama’ Category

Kabir Hero Kabir Zero

7 August, 2007

Kaber
Pernahkah anda menonton Drama Kaber Hero Kaber Zero? Hero drama tersebut Zul Yahya telah pun melangsungkan majlis pertunangan. Bagai pinang dibelah dua. Sepadan sama cantik sama lawa. Semoga ikatan berkekalan sehingga ke akhir hayat. Teringat gaya beliau yang bersahaja dalam drama tersebut. Orang terbang yang menjadi buruan..

Baca lagi >>

Impian Illyana 2 Sunsilk TV3

28 July, 2007

impian

Impian Elyana Sunsilk telah menerima Anugerah Rancangan Tv terbaik di NTV7 semasa ianya ke udara. Saksikan Impian Elyana 2 bermula 28 August 2006. Di TV9 Isnin – Jumaat 10 Mlm Hari sabtu 7:30 Mlm, TV3 Isnin – Jumaat 3.30 Ptg. Suka lihat telatah illyana dalam ni. Mungkin sebab Illyana nie memang cute.

Baca lagi >>

Manjalara TV3 angkat nama Emelda Rosmila

28 July, 2007

manja
Ramai yang tercegat di hadapan kaca tv semata-mata ingin menyaksikan tayangan Manjalara pada setiap Isnin hingga Khamis , pukul 6 ptg di TV3. Pelakon yang dikenali umum dengan lakonan dari drama itu semakin dikenali sebagai Manja , atau nama sebenarnya Emelda Rosmila harus mendapat pujian atas lakonan yang berkesan dengan membawakan watak perempuan gemuk..gemuk ke? Cerita mirip drama luar negara namun digarap untuk kesesuaian penonton tempatan.

Baca lagi>>

Susuk 2 penuh debaran..

25 July, 2007

DRAMA bersiri, Susuk yang diperkenalkan menerusi Slot Seram TV3 pada 19 April lalu ternyata mendapat sambutan menggalakkan apabila ia berjaya mencecah hampir 3 juta penonton setiap kali disiarkan.

Susuk 2 bermula dengan kisah kehidupan, Faruk dan Borhan yang mula berubah sejak peristiwa pertempuran mereka ketika menentang Degawan pada musim pertama.

Borhan menjadi lebih pendiam, mengasingkan diri dan membuat keputusan untuk menjadi penulis novel sepenuh masa walaupun dia mendapat tawaran bekerja di sebuah syarikat.

Degawan pula dibawa oleh Zam ke sebuah kawasan tersembunyi bagi menyelamatkan diri.

Saksikan susuk setiap Hari Khamis 9:30 malam hanya di TV3

Baca lagi >>

Akasia Manjalara TV3

19 July, 2007

Manjalara

Manjalara merupakan sebuah drama telenovela di TV3 menerusi slot Akasia setiap hari Isnin hingga Khamis jam 6.30 petang selama sejam. Siri ini diadaptasi daripada siri Venezuela Mi Gorda Bella, dengan konsep mengenai seorang gadis gemuk yang bersusah-payah meraih perhatian yang positif gara-gara saiz badannya, namun adanya orang yang menunjukkan rasa prihatin kepadanya.

Pelakon

ManjaLara – Episod 1 ( Intro )

ManjaLara – Satu Harapan – Jaclyn Victor (Lagu Tema)

credits : http://www.tv3.com.my/manjalara/ml/index.html

Drama Susuk TV3

5 July, 2007

Pelakon cantik tinggi lampai ini menjadi perhatian produser filem, pada masa yang sama akui sudah berpunya

http://www.archive.org/details/Susuk

RATU Susuk, Minah Plastik, Dynas Susuk dan pelbagai macam lagi gelaran mula terpalit kepada empunya diri, Dynas Mokhtar. Semuanya gara-gara dia membawa peranan Cinda wanita yang cantik pada pandangan mata kasar tetapi sebenarnya mengamalkan ilmu hitam.

Dynas akui beruntung kerana menerusi Susuk, namanya mula meniti di bibir peminat, sekali gus menjadi perhatian ramai pengarah dan produser tempatan yang mula menaruh kepercayaan terhadap bakat lakonannya.

Namun apa yang pasti, Dynas hadir dalam dunia seni ini menerusi pakej lengkap yakni berbakat dan cantik. Realitinya, dia tidak pernah memakai apa-apa susuk atau sebarang suntikan saintifik.

Susuk Intro:

Read More >>