Berita hari ini, kebanyakkan akhbar memaparkan banjir yang berlaku di ibu kota. Banjir yang disifatkan sebagai banjir kilat melanda kawasan sekitar Dataran Merdeka, Masjid India, Kampung Baru, Jalan Ipoh dan Sentul.
![]() |
| PEKERJA merentang kanvas di laluan keluar masuk tempat letak kereta di bawah Dataran Merdeka, Kuala Lumpur, yang masih digenangi air banjir semalam. – Gambar Siti Norsalasiah Katap. |
Dalam utusan online :
Ketua Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Datuk Paduka Ir. Keizrul Abdullah berkata, projek SMART hanya mengalirkan air banjir dari Sungai Klang ke Sungai Kerayong untuk disimpan di kolam khas, tetapi ia tidak dapat mengatasi masalah lebihan air ketika hujan lebat di Sungai Gombak.
Banyak laluan utama ditenggelami air sedalam 1.8 meter dan tiga meter termasuk Dataran Merdeka, Stesen LRT Masjid Jamek, Jalan Masjid India, Jalan Perak dan Jalan Pinang, Kampung Baru, Jalan Tun Razak, Jalan P Ramlee, Jalan Kolam Air di Setapak.
Kampung Baru, Sentul, Jinjang Selatan dan Segambut adalah kawasan paling teruk terjejas.
Perdana Menteri membuat lawatan mengejut ke bilik gerakan banjir Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk mengetahui sendiri bagaimana banjir kilat boleh berlaku di ibu kota, malam kelmarin.

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang `tidak senang’ dengan banjir kilat yang berulang genap seminggu selepas melanda ibu negara pada 3 Jun lalu, meminta penjelasan daripada Kementerian Wilayah Persekutuan dan DBKL berhubung masalah itu dan jalan penyelesaiannya.
Berikut adalah penjelasan :
PM: Bukan saja banjir lebih besar, kawasan banjir juga lebih luas?
J: Sekarang kita sedang wujudkan pasukan petugas khas untuk melihat lebih terperinci masalah ini. Sebelum ini pun pelbagai langkah diambil hingga dapat mengurangkan daripada 52 kawasan banjir pada 1999 kepada hanya enam sekarang…tetapi dalam kes banjir terbaru, air melebihi paras bahaya. Selain itu, limpahan air sungai banjir juga berpunca sampah-sarap yang menyekat aliran sungai.
PM: Itu faktor manusia.
J: Air yang naik menyebabkan kawasan Dataran Merdeka dilanda banjir, tiga cedera termasuk apabila kenderaan mereka terkena pokok tumbang, manakala 89 penduduk Kampung Periuk dipindahkan sementara ke sebuah sekolah dan mereka sudah pulang ke rumah masing-masing.
PM: Masih banjir walaupun ada terowong Smart (Terowong Pengurusan Air Banjir dan Jalan Raya)?
J: Terowong Smart hanya dibuka bagi lalu lintas pada 14 Mei lalu, bagaimanapun fungsi sebagai terowong air belum siap. Terowong banjir dijangka siap bulan depan dan beroperasi pada Ogos. Projek Smart membabitkan penyaluran air Sungai Klang ke Sungai Kerayong, sebelum masuk semula ke hilir Sungai Klang.
Projek lain adalah tiga kolam takungan banjir iaitu Batu yang membabitkan Sungai Gombak/Sungai Batu, Sri Johor di mana Sungai Kerayong termasuk projek pembesarannya dan Jinjang (Sungai Jinjang/Sungai Keroh).
PM: Saya nak tau kenapa siap Ogos, ada penangguhan terowong Smart? Mana JPS? Periksa kontraktor kenapa lambat. Ini sebab kontraktor atau masalah struktur atau sebagainya. Boleh cepatkan? Boleh awak cepatkan? Suruh mereka (kontraktor) cepatkan.
J: Laluan air Smart sepanjang 10 kilometer hanya boleh digunakan awal bulan depan, kolam Batu pada akhir tahun ini, Sri Johor awal tahun depan dan Jinjang sepatutnya Mei lalu, tetapi dilanjutkan tahun depan. Projek Smart dan projek lain mengikut jadual. Tetapi sekarang ini hujan tidak bermusim dan kelewatan sebab air datang awal.
PM: Percepatkan pembinaan supaya selesai dalam jangka masa lebih awal. Projek Sungai Gombak, Sungai Klang, Sungai Kerayong dan terowong Smart beri lebih perhatian, siapkan projek.
Pelbagai usaha untuk mengatasi banjir melalui pelaksanaan beberapa projek di bawah Program Tebatan Banjir Lembah Sungai Klang.
Antaranya ialah pembinaan empangan storan, kolam takungan banjir, sistem pam, mendalam dan melebarkan Sungai Klang dan cabangnya, memperkukuhkan benteng sungai, mengadakan lencongan banjir dan menaik taraf sistem ramalan dan amaran banjir.
Orang ramai diminta supaya menjaga kebersihan dan tidak membuang sampah ke dalam sistem saliran bagi mengelakkan terowong SMART tersumbat dan menjadi punca berlakunya banjir kilat.
p/s: sedikit info tentang project smart
The “Stormwater Management and Road Tunnel” or “SMART Tunnel
http://en.wikipedia.org/wiki/SMART_Tunnel
SMART Tunnel during a test on 29 January 2007
Projek terowong air banjir itu adalah sepanjang 9.7 kilometer dengan garis pusat 13.2 meter menghubungkan tasik di Kampung Berembang dekat Sungai Klang di Ampang dengan tasik di Taman Desa dekat Sungai Kerayong di Salak Selatan.
Selain digunakan untuk mengawal banjir, terowong itu juga mempunyai laluan untuk kereta sepanjang empat kilometer.
Projek yang mengambil masa empat tahun untuk siap itu dibina pada tahun 2003 oleh Lembaga Lebuh Raya Malaysia (LLM) dan JPS dengan usaha sama syarikat Gamuda Berhad dan Malaysia Mining Corporation Berhad (MMC).


